Di awal kemunculan, pasukan JDT memasang impian untuk menjadi pasukan yang terbaik di negara kita.
Kini dengan pengurusan yang cukup baik, JDT kini telah menjadi salah satu kelab terbaik di Malaysia malah juga di Asia.
Pencantuman dua kelab
Menurut laman JOHOR Southern Tigers (JST), mereka menceritakan mengenai permulaan kepada perjalanan kelab JDT yang pada mulanya sebagai sebuah kecil menjadi kelab utama di Malaysia.
Ia bermula pada 2012 selepas Tunku Mahkota Johor mengumumkan akan wujudnya sebuah kelab yang bakal menjadi kelab yang terbaik di negara kita.
“Bermula dari sebaik tamat perlawanan melibatkan Johor FA dan Johor FC pada musim 2012, TMJ tampil di tengah padang di Stadium Larkin dan bertitah untuk mengubah dan melakukan transformasi kepada sukan bola sepak di negeri Johor.”
Kebangkitan demi kebangkitan dicipta JDT selepas berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia pada 2013 sebelum tewas di tangan Kelantan dengan jaringan 1-0.
Dalam masa yang sama turut menyaksikan JDT membawa masuk pelbagai nama-nama besar ke dalam pasukan seperti bekas wira Valencia iaitu Pablo Aimar dan juga Dani Guiza serta lagenda JDT – Luciano Figeroa.
Hasil yang cukup baik
Hasil dari transformasi yang dilakukan oleh TMJ terhadap pasukan JDT ternyata berjaya membuahkan hasil.
Kejayaan demi kejayaan telah dikecapi oleh JDT dengan 7 kejuaraan berjaya diraih dengan jayanya.
Antara kejayaan yang paling bersejarah adalah kejayaan merangkul gelaran Piala AFC pada 2015 dan juga hatrik kejuaraan Liga Super pada tahun lalu.
Jika anda penyokong JDT, inilah waktu terbaik untuk menjadi penyokong mereka!