John Terry Ucap Selamat Tinggal Selepas Gagal Bantu Aston Villa Kembali Ke EPL

Aston Villa mengesahkan tidak akan menyambung kontrak pemain pertahanan berpengalaman, John Terry bagi menghadapi EFL Championship musim hadapan.

Menurut sumber dari Goal, keputusan itu dibuat selepas Aston Villa dikatakan mahu mengurangkan kos perbelanjaan untuk musim 2018/19.

Pada 3 Julai 2017, John Terry telah menandatangani kontrak selama setahun bagi berkhidmat di Villa Park dalam usaha untuk membawa skuad bimbingan Steve Bruce itu kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris.

Impian Terry dan Aston Villa hampir menjadi kenyataan apabila berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir play-off di Stadium Wembley.

Namun, cita-cita tersebut musnah selepas mereka kecundang 1-0 ditangan Fulham menerusi jaringan Tom Cairney pada minit ke-23.

BIRMINGHAM, ENGLAND – MARCH 10: John Terry of Aston Villa celebrates after the Sky Bet Championship match between Aston Villa and Wolverhampton Wanderers at Villa Park on March 10, 2018 in Birmingham, England. (Photo by Nathan Stirk/Getty Images,)

Aston Villa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, mengucapkan terima kasih serta memuji sumbangan yang telah diberikan pemain berusia 37 tahun itu.

”Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga diatas usaha dan sikap profesional yang ditunjukkan (Terry) ketika bersama kami musim lalu (2017/18).”

”John (Terry) adalah pemimpin yang sebenar dan segala-galanya yang kami harapkan.”

”Sangat popular dan berpengaruh di bilik persalinan, dia memainkan peranan ketua pasukan yang sebenar dalam mewujudkan ikatan luar biasa yang dimiliki para pemain dengan penyokong kami dan sebaliknya.”

”Kami mengharapkan yang terbaik buat kariernya di masa hadapan.”

John Terry turut memuatnaik di laman Instagram milik beliau dengan memberikan penghargaan buat semua yang terlibat di Aston Villa.

Bersama Aston Villa, Terry beraksi dalam 35 perlawanan liga dan telah menjaringkan satu gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN