John Terry Tolak Tawaran Spartak Moscow, Bakal Sertai Lampard Di Derby?

Bekas kapten England, John Terry dilaporkan menolak tawaran kontrak dari kelab Rusia, Spartak Moscow.

Pemain pertahanan tengah berusia 37 tahun itu adalah ejen bebas selepas meninggalkan pasukan Championship, Aston Villa tamat pada penghujung musim lalu.

“Spartak adalah sebuah kelab dengan cita-cita, dan saya amat kagum dengan tahap profesionalisme mereka,” ujar Terry.

Terry
BIRMINGHAM, ENGLAND – FEBRUARY 11: John Terry of Aston Villa celebrates after the Sky Bet Championship match between Aston Villa and Birmingham City at Villa Park on February 11, 2018 in Birmingham, England. (Photo by Nathan Stirk/Getty Images)

“Namun selepas melakukan penilaian mengenai perpindahan ke Rusia bersama keluarga, kami berpendapat ia bukan masa yang tepat untuk kami berhijrah ke sana,” ujar beliau lagi.

Melalui muat naik di laman Instagram, bekas kapten Chelsea itu juga berkata:

“Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Spartak, dan selamat maju jaya kepada mereka dan penyokong untuk cabaran musim ini.”

Laporan dari media di UK sebelum ini mengatakan Terry telah melengkapkan ujian perubatan di Rom, Itali dan bersetuju untuk menyertai Spartak dengan pendapatan mencecah £3 juta semusim.

Terry tampil 36 kali untuk Villa pada musim lalu, dan membantu kelab tersebut mara sehingga ke perlawanan akhir play-off, sebelum tewas kepada Fulham pada Mei lalu.

Chelsea’s John Terry (left) and manager Jose Mourinho (right) celebrate with the Premier League Trophy (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Terry turut tampil lebih dari 700 perlawanan untuk Chelsea, dan menjuarai pelbagai trofi, termasuk lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris, lima Piala FA dan juga satu kejuaraan UEFA Champions League sepanjang karier di Stamford Bridge.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kata putus dari Terry mengenai hala tuju beliau selepas ini. Khabar angin turut menyatakan beliau mungkin akan kembali menyertai Aston Villa.

Derby County yang berada di bawah kendalian bekas rakan sepasukan, Frank Lampard turut dilaporkan sebagai destinasi kemungkinan untuk Terry.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN