John Terry Semakin Menghampiri Perpindahan Ke Spartak Moscow

Terry

Desas-desus yang mengatakan pertahanan veteran, John Terry akan kembali berbakti buat Aston Villa kelihatan meleset apabila beliau dikhabarkan semakin hampir untuk ke Spartak Moscow.

Laporan Goal juga menyebut bahawa pemain berusia 37 tahun itu sedang menjalani ujian perubatan bersama kelab Liga Perdana Russia tersebut dan Terry dijangka akan menandatangani kontrak selama dua tahun.

Di samping status Terry yang kini merupakan ejen bebas, kecederaan serius yang dialami pertahanan dari Perancis, Samuel Gigot menjadi penyebab utama dalam usaha membawa masuk legenda Chelsea ini.

Dalam perkembangan lain, Terry turut meluahkan mengenai misinya yang belum selesai ketika bersama Aston Villa.

Terry gagal membantu kelab yang berpangkalan di Birmingham itu kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas kecundang ditangan Fulham pada perlawanan akhir play-off.

HULL, ENGLAND – MARCH 31: Michael Dawson of Hull City blocks a cross from John Terry of Aston Villa during the Sky Bet Championship match between Hull City and Aston Villa at KCOM Stadium on March 31, 2018 in Hull, England. (Photo by Ashley Allen/Getty Images)

”Saya menyukai waktu ketika di Aston Villa. Saya masih kecewa kerana kami tidak dapat kembali ke Liga Perdana Inggeris.”

”Pengurus, pemain serta para penyokong sangat luar biasa terhadap saya tetapi saya sangat benci kepada kekalahan dan saya merasakan terdapat perkara yang belum selesai di sana.”

”Steve Bruce merupakan seorang yang hebat dan mendapat sokongan daripada pemilik baharu. Steve juga diharapkan agar dapat membawa kelab ini kembali semula ke Liga Perdana.”

Sekiranya penghijrahan Terry ini menjadi kenyataan, beliau akan kembali bertemu Steven Gerrard apabila Spartak Moscow diletakkan satu kumpulan dengan Rangers dalam saingan Liga Europa musim ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN