Lagenda Chelsea John Terry Pertimbang Perpindahan Ke Aston Villa

Adakah John Terry akan memperoleh kelab baharu beliau untuk musim hadapan?

Menurut laporan Sky Sports, Terry dikatakan sedang menimbang kemungkinan untuk beraksi bersama Aston Villa di saingan English Championship.

Baru-baru ini, Terry telah bersama-sama pengurus Aston Villa iaitu Steve Bruce untuk bermain golf.

Berkemungkinan, beliau juga telah berbincang dengan pengurus tersebut mengenai kemungkinan bermain bersama pasukan tersebut.

Terry kini berusia 36 tahun dikatakan mempunyai pelbagai tawaran untuk beraksi di beberapa buah kelab di Premier League malah ada juga dari English Championship iaitu Aston Villa.

Beliau mendedahkan masih lagi mahu bermain secara kerap selama 1 atau 2 tahun lagi.

Dan kerana itulah beliau membuat keputusan untuk pergi meninggalkan Chelsea selepas 22 tahun bersama.

“Ia merupakan keputusan kenapa saya memilih untuk meninggalkan Chelsea.”

“Saya masih mahu bermain, sama ada dalam setahun atau 2 tahun lagi.”

“Ada bekas pemain yang pesan kepada saya, mainlah selama mana yang kamu mampu.”

“Hargai setiap minit permainan yang ada, dan kerana itulah saya masih lagi mahu bermain.”

Satu lagi kelab yang dikaitkan dengan Terry adalah Bournemouth di saingan Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN