Rusia 2018: John Obi Mikel Dedahkan Bapanya Diculik Semasa Beliau Menentang Argentina

Cukup sukar situasi yang dihadapi oleh kapten Nigeria, John Obi Mikel sewaktu menghadapi perlawanan Piala Dunia 2018 menentang Argentina.

Beliau dan rakan-rakan skuad Nigeria beliau menghadapi misi penting untuk menang dan mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Sekali gus, menyingkirkan juara 2 kali Argentina dari Piala Dunia.

Tugas yang sedia ada sukar di hadapan mata beliau disukarkan lagi dengan berita yang Mikel terima sebelum perlawanan bermula.

Beliau diberitahu, bapanya diculik dan dijadikan tebusan dalam satu kes penculikan di Nigeria.

VOLGOGRAD, RUSSIA – JUNE 22: John Obi Mikel in action during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Nigeria and Iceland at Volgograd Arena on June 22, 2018 in Volgograd, Russia. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Pa Michael Obi diculik oleh sekumpulan penjenayah dan mereka dengan kejamnya meminta wang tebusan kepada Mikel sebanyak $28 ribu.

Desakan untuk mendapatkan wang tebusan itu dilakukan 4 jam sebelum perlawanan menentang Argentina berlangsung dengan mereka mengancam akan menembak bapa Mikel dengan segera andai polis campur tangan.

Mikel mengakui beliau keliru dengan apa yang terjadi, beliau jelas tersepit antara masalah yang dihadapi beliau dan memenuhi harapan menggunung rakyat Nigeria.

Namun beliau mengambil keputusan untuk terus beraksi demi negaranya.

“Saya keliru pada masa itu. Saya tak tahu nak buat apa, tapi apa yang saya tahu saya tak boleh kecewakan 180 juta rakyat Nigeria.”

“Saya perlu ketepikan isu ini dari fikiran saya pada masa itu dan fokus mewakili negara saya.”

Nigeria tewas kepada Argentina dan mereka pulang awal dari Piala Dunia, namun itu satu sinar buat Mikel untuk berjumpa dengan bapanya.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JUNE 26: Odion Ighalo of Nigeria lies on the floor dejected as John Obi Mikel walks off during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Nigeria and Argentina at Saint Petersburg Stadium on June 26, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Michael Obi diculik ketika dalam perjalanan ke sebuah majlis pengebumian bersama-sama dengan pemandu peribadi beliau.

Bapanya ditemui selamat selepas diselamatkan dalam satu insiden tembak menembak pada Isnin dan kini perlu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mikel bercadang untuk membawa bapanya ke luar negara untuk mendapatkan rawatan selepas bapanya mengalami kecederaan akibat diseksa oleh penculik.

Syukur semuanya selamat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN