John Henry Tak Faham Kenapa Suarez & Coutinho Sanggup Tinggalkan Liverpool Untuk Barcelona

Adat dalam bola sepak, pemain itu datang dan pergi.

Ada pemain yang memilih untuk kekal bersama satu-satunya kelab dalam kariernya, namun majoriti pemain gemar untuk berpindah dari satu kelab ke satu kelab yang lain untuk memajukan karier mereka.

Namun bagi pemilik Liverpool iaitu John Henry, beliau kurang mengerti apabila terdapat pemain utama kelabnya yang mahu meninggalkan kelab tersebut.

Situasi ini hadir selepas beliau melihat pemergian Luis Suarez dan juga Philippe Coutinho yang pergi meninggalkan Liverpool untuk kelab La Liga – Barcelona.

Bagi Henry, mengapakah pemain perlu tinggalkan kelab sehebat Liverpool untuk kelab lain di dunia ini?

“Mungkin saya seorang warga Amerika Syarikat, saya mengalami sedikit kesukaran untuk memahami mengapa ada pemain yang ingin tinggalkan kelab seperti Liverpool.”

“Hal ini kerana bagi saya, Liverpool merupakan kelab yang cukup kaya dengan sejarah dan juga tradisi. Mereka juga mempunyai peminat di seluruh dunia, di setiap negara di dunia ini.”

Henry juga mempersoalkan mengapa mereka hendak pergi ke La Liga yang beliau sifatkan kurang kompetitif berbanding Premier League.

“Susah untuk saya faham kenapa pemain nak pergi ke liga yang saingannya tidak kompetitif. Mereka perlu bermain lebih dari 30 perlawanan yang tiada makna setiap tahun sebelum bermain perlawanan Eropah.”

Dalam masa yang sama, Henry mengakui beliau tidak sanggup melihat pemain utamanya berpindah keluar dari Liverpool.

“Sebagai pemilik kelab, saya mengakui yang saya tidak mahu melihat pemain saya pergi ke kelab lain. Walaupun kelab sehebat Barcelona.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN