Seorang kanak-kanak telah menerima satu ganjaran yang cukup bermakna dalam hidupnya.
Masih ingat lagi dengan tragedi nahas kapal terbang Chapecoense? Beliau kini telah diberikan ganjaran kerana menjadi wira tak didendang tragedi tersebut.
Jumpa wira kesayangan
Johan Alexis Ramirez, merupakan seorang kanak-kanak yang diberikan penghargaan oleh kelab Real Madrid selepas beliau muncul sebagai wira apabila beliau menjadi pembantu kepada pasukan mencari dan menyelamat.
Ramirez menjadi wira selepas menjadi pembimbing kepada skuad mencari dan menyelamat ke lokasi di mana kapal terbang yang membawa skuad Chapecoense yang terhempas itu.
Kerana kagum dengan apa yang dilakukan oleh Ramirez, Real Madrid hadir untuk memberikan penghargaan dan ganjaran kepada beliau.
Apa yang menarik adalah, Real Madrid memberi peluang dengan merealisasikan impiannya untuk bertemu dengan wiranya dalam bola sepak dengan berkunjung ke Real Madrid.
Beliau dibawa ke padang latihan untuk berjumpa dengan skuad Real Madrid.
Malah beliau juga dapat berjumpa dengan pengurus Zinedine Zidane serta pemain kegemarannya yang juga warga Colombia – James Rodriguez.
James turut memberikan jersi beliau kepada Ramirez yang disertakan tandatangan di jersi tersebut.
“James mewakili seluruh warga Colombia. Ia satu perkara yang cukup emosi dan sesuatu yang indah bagi saya.”
“Pemberian jersi ini adalah perkara yang cukup hebat buat saya. Saya akan jaga dia sebaik mungkin untuk seluruh hidup saya.”
Ramirez digelar ‘Angel Boy’ selepas menjadi wira ketika tragedi melibatkan pasukan Brazil itu.
Baca juga: Pique: “Kami Sanggup Mati Demi Luis Enrique, Sebelum Dia Datang Kami ‘Sampah'”