Joey Barton: “Cristiano Ronaldo Bukanlah Pemain Terbaik Dalam Sejarah”

Bagaimana anda memandang Crisitiano Ronaldo sebagai seorang pemain bola sepak?

Majoriti diantara kita menganggap beliau sebagai antara pemain yang terhandal di dunia. Tetapi berapa ramai yang menganggap beliau sebagai pemain terbaik dalam sejarah bola sepak?

Selepas berjaya memperoleh gelaran ke-5 Ballon d’Or buat dirinya tempoh hari, Ronaldo secara terbuka mengatakan yang beliau kini merupakan pemain bola sepak terhebat dalam sejarah.

“Saya tidak nampak ada pemain yang kini setanding dengan saya. Tidak ada pemain yang mampu melakukan perkara seperti yang saya lakukan sendirian.”

“Tidak ada pemain yang lengkap di dunia ini selain saya. Sayalah pemain terbaik dalam sejarah, tidak kira dalam waktu baik atau pun tidak.”

Itulah komen yang dibuat oleh Ronaldo selepas berjaya memperoleh gelaran ke-5 Ballor d’Or kepada France Football.

Komen beliau itu nyata berjaya menarik perhatian pemain Burnley yang sering terlibat dalam kontroversi – Joey Barton.

Barton yang terkenal dengan sikap lantangnya bersuara dalam pelbagai hal telah memberikan respon beliau terhadap kenyataan Ronaldo itu.

Bagi Barton, Ronaldo bukanlah pemain yang terhebat dalam sejarah. Malah, beliau turut berasakan yang pemain Real Madrid itu cumalah pemain nombor 2 dibelakang bintang Barcelona – Lionel Messi.

(Photo by Miquel Llop/NurPhoto via Getty Images)

“Saya setuju yang beliau adalah pemain yang bagus. Tetapi adakah beliau pemain terbaik dalam sejarah?”

“Saya tak rasa Ronaldo merupakan pemain terbaik dalam sejarah. Bagi saya, Lionel Messi merupakan pemain terbaik.”

Ronaldo kini menyamai rekod Ballon d’Or Messi dengan 5 kali memenanginya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN