Bekas penjaga gol Manchester City, Joe Hart menghambur pujian terhadap peningkatan prestasi yang ditampilkan oleh Raheem Sterling pada musim ini.
Hart mengakui Sterling merupakan salah seorang pemain terbaik di EPL ketika ini, dan percaya pemain sayap berusia 24 tahun ini mampu muncul sebagai salah seorang pemain terbaik dunia – jika terus konsisten menunjukkan peningkatan secara konsisten.
Hart merupakan salah seorang pemain yang sangat mengenali Sterling. Ketika Sterling menyertai City dari Liverpool pada tahun 2015, Hart merupakan penjaga gol utama pasukan tersebut.
Hart mengenang kembali bagaimana Sterling mengalami kesulitan di tahun-tahun awalnya bersama Man City, dan segalanya berubah apabila muncul Pep Guardiola.
Magis’ Guardiola
Menurut Hart, Guardiola memainkan peranan utama dalam perkembangan Sterling di Manchester City.
“Dia [Sterling] seorang pemain bola sepak yang luar biasa ketika dia datang.”
“Dia datang dengan membawa tekanan yang tinggi kerana memilih untuk keluar dari Liverpool. Dia mengalami sedikit kesulitan di bawah Manuel Pellegrini. Sterling pernah bermain di berbagai posisi yang dirasai sesuai, tetapi pengurus sekarang [Pep Guardiola] telah berjaya mencungkil potensi sebenar beliau. Kini beliau adalah pemain yang memiliki keyakinan yang sangat tinggi.
Semakin matang
Hart turut berkata, Sterling jugasemakin matang dalam mengawal tekanan di dalam dan juga di luar padang.
Sterling melalui musim terbaik dalam kariernya setakat ini apabila sudah menjaringkan 23 gol dan melakukan 17 bantuan gol daripada 47 penampilan sepanjang musim ini
“Dia sudah menunjukkan kematangan yang baik di dalam dan di luar padang. Dia merupakan salah seorang pemain pertama yang akan dinamakan oleh pengurus pada hari perlawanan.”
Bagaimanapun, Sterling sentiasa menjadi sasaran kecaman pihak media yang sering mencetuskan isu perkauman melalui media sosial – walaupun beliau merupakan pemain penting buat kelab dan negara.