Semalam, Manchester City berjaya meneruskan cabaran mereka dalam saingan FA Cup pusingan ke-4 selepas menundukkan pasukan dari EFL Championship iaitu Cardiff City.
Mereka berjaya menang ke atas pasukan tersebut dengan jaringan 2-0 hasil penyudah Raheem Sterling dan juga Kevin De Bruyne.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah aksi kasar dari para pemain Cardiff City terhadap para pemain Manchester City.
Paling mencuri perhatian adalah terjahan dari pemain pertahanan iaitu Joe Bennett terhadap Leroy Sane yang menyebabkan pemain tersebut mengalami kecederaan.
Kecederaan yang dihadapi beliau pastinya menimbulkan kerisauan dengan pemain tersebut dijangka bakal berehat selama 4 minggu dengan ujian imbasan akan dilakukan terhadap kaki Sane dalam masa terdekat.
Namun begitu, Bennett telah mengeluarkan kenyataan maaf terhadap apa yang beliau lakukan kepada Sane.
Menerusi laman Twitter beliau, Bennett menjelaskan sebab mengapa beliau melakukan sedemikian.
“Saya ingin meminta maaf kepada Leroy Sane diatas terjahan keras saya terhadapnya. Saya cuba untuk menghentikan serangan balas pantas itu, namun saya gagal menerjah tepat pada waktu.”
1. Just want to apologise to Leroy Sané for my tackle today. I tried to stop the counter attack and completely mistimed my attempt.
— JB (@JoeBennett27) January 28, 2018
“Saya tak berniat untuk melakukan seperti yang saya telah lakukan, saya berharap kecederaan beliau tidak serius dan cepat sembuh.”
2. I didn't mean to catch him like I did. I hope it's nothing serious and he recovers quickly.
— JB (@JoeBennett27) January 28, 2018
Bennett dilayangkan kad kuning di atas terjahan yang beliau lakukan terhadap Sane.
Di penghujung perlawanan beliau dilayangkan kad kuning kedua selepas menerjah Brahim Diaz yang menggantikan Sane pada separuh masa kedua.
Pengurus Cardiff City iaitu Neil Warnock nyata tidak berpuas hati dengan prestasi Bennett itu dan menggangap pemain itu tidak profesional.
“Apa yang Bennett lakukan itu sungguh tidak profesional, saya akan denda beliau dengan latihan tambahan selepas ini.”