Joan Laporta Idam Bawa Semula Guardiola Ke Barcelona

Joan Laporta

Bekas Presiden Barcelona, Joan Laporta yang akan mencuba nasib dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi kelab tersebut pada tahun hadapan mempunyai matlamat jelas sekiranya diberikan mandat untuk sekali lagi mengepalai The Blaugrana.

Pernah bergelar Presiden Barcelona bermula tahun 2003 hingga 2010, Laporta mengharapkan agar dapat membawa semula bekas pengendali, Pep Guardiola ke Nou Camp.

Kerjasama antara dua individu tersebut bukanlah asing kerana Guardiola membimbing Barcelona ketika kelab tersebut berada di bawah ‘pemerintahan’ Laporta, sekitar tahun 2008 hingga 2010.

Laporta kemudiannya digantikan dengan Sandro Rosell pada 1 Julai 2010 setelah mendapat 35,021 daripada 57,088 undi yang sekaligus melakarkan rekod sebagai penerima undian tertinggi dalam sejarah pemilihan Presiden Barcelona.

Boleh dikatakan usaha untuk membawa semula Guardiola sebagai pengurus adalah manifesto utama buat Laporta untuk kembali memegang tampuk kuasa kelab gergasi Sepanyol itu.

”Saya sedang berusaha untuk memperkenalkan diri sebagai calon presiden.”

Embed from Getty Images

”Saya pernah menjadi presiden sebelum ini dan saya begitu teruja untuk kembali sekali lagi,” ujar Laporta menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Situasi pada tahun 2021 akan menjadi dramatik dan saya perlu untuk mengembalikannya. Saya akan bekerja bersama orag yang saya percayai.”

”Saya sangat ingin melihat Guardiola untuk kembali, tetapi sekarang dia berada di [Manchester] City dan inilah keputusan yang perlu diambil Pep.”

‘”Dia merupakan penanda aras buat Barcelona dan ramai masyarakat Catalan mahukan dia kembali melatih Barca sekali lagi.”

”Pada masa yang tepat, saya akan berbincang dengan orang yang kami rasakan seharusnya menjadi jurulatih Barcelona pada tahun 2021,” ujar Joan Laporta lagi.

Selain Laporta, Ahli Perniagaan Sepanyol, Victor Font yang berusia 47 tahun turut berminat untuk bersaing bagi merebut jawatan nombor satu Barcelona itu.

Kredit featured image: Jasper Juinen/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Barcelona:

Leave a Reply