Rindukan Ultras Malaya, Menteri Belia & Sukan Boleh Cuba Ke Shah Alam

Syed Saddiq Ultras Malaya

Ketika ditemui media malam tadi, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui ketiadaan Ultras Malaya (UM) dalam saingan Piala AIRMARINE amat dirasai.

Beraksi di hadapannya dan juga hampir 3000 penyokong, Malaysia tewas 0-1 kepada Singapura pada Rabu lalu.

Bercakap kepada Berita Harian, Syed Saddiq turut kecewa dengan jumlah kehadiran penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam kejohanan yang julung kalinya diadakan itu.

“Ketiadaan Ultras dirasai dan pastilah kehadiran mereka dirindui sebab semangat yang mereka bawa ke stadium sebelum ini memang tiada tandingan,” ujarnya kepada media.

Walaupun ada pihak yang menyatakan boikot tersebut atas sebab harga tiket yang dikatakan tidak berbaloi, pihak UM lebih awal menjelaskan mengenai hal ini iaitu ‘Curva OFF‘ adalah atas dasar eksploitasi ke atas Harimau Malaya oleh pihak-pihak tertentu.

Begitupun, Syed Saddiq tetap turun ke stadium selepas membaca mengenai rayuan pemain yang memerlukan sokongan penyokong.

Sebelum itu, kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha mewakili para pemain telah meminta agar penyokong tetap turun ke stadium walaupun UM mahu memboikot kejohanan tersebut.

“Saya tetap hadir (perlawanan semalam) kerana bertanggungjawab memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya khususnya selepas membaca laporan di media rayuan pemain yang berharap peminat turun,” jelasnya lagi.

Jika Menteri Belia dan Sukan merindui semangat yang dibawa oleh UM, mungkin ada jalan untuk beliau merasainya kerana dalam kenyataan berhubung ‘Curva OFF‘ oleh UM sebelum ini turut ada menyatakan ‘Curva ON‘ di Stadium Shah Alam.

“Maklumkan kepada semua ekor-ekor sekalian, jumpa kalian di Curva SSA untuk Kelayakan AFC-U23,” petikan daripada kenyataan di laman Facebook UM’07 tempohari.

Selain itu, Syed Saddiq dilihat turut memberi ulasan mengenai perlawanan skuad kebangsaan pada malam tersebut. Beliau percaya yang skuad kebangsaan boleh melakukan yang lebih baik ketika berdepan dengan Afghanistan, Sabtu ini.

Malaysia akan turun menentang Afghanistan yang tewas 0-5 kepada Oman sebelum itu untuk penentuan kedudukan ketiga dan keempat Piala AIRMARINE pada jam 4.30 petang di SNBJ.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN