Remaja Lain Hanya Menjadi Pengurus FM, Ejdin Djonlic Pula Memiliki Lesen A UEFA

Ramai remaja hanya mampu menjadi pengurus ataupun jurulatih dalam Football Manager. Namun Ejdin Djonlic pula sudah boleh menguruskan sebuah kelab profesional pada usia muda beliau.

Remaja berusia 22 tahun ini berasal dari Bosnia dan dilaporkan telah memiliki lesen jurulatih dengan Lesen A UEFA. Ia adalah rekod termuda setakat ini.

dein

Beliau sudah beberapa kali membuat pembentangan analisis video di pejabat UEFA semasa menamatkan kursus Lesen A UEFA beliau.

Latar Belakang

Djonlic seorang remaja yang sangat meminati bola sepak. Namun keupayaan beliau untuk bermain sukan itu terhad. Djonlic akhinrya memberikan perhatian serius dalam menganalisis data pemain bola sepak.

Kegilaan beliau ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi ilmu bola sepak dari sudut berbeza.

Djonlic berhasrat untuk menjadi pengurus pasukan EPL pada suatu hari nanti dan mahu mengikut jejak langkah idola beliau, Jose Mourinho.

Karier Bermula Seawal 15 Tahun

Beliau menamatkan lencana asas pertama Lesen Uefa C ketika berusia 15 tahun. Bermakna beliau sudah pun boleh menguruskan pemain yang seusia.

Djonlic turut menghasilkan kurikulum asas untuk jurulatih di kelab tempatan beliau di Bosnia.

Ejdin kemudiannya berpindah ke England kerana beliau mahu mengembangkan bakatnya dan menjadi orang Norway termuda untuk dianugerahkan Lesen B.

Beliau kembali semula ke Bosnia untuk melengkapkan Lesen A beliau pada awal tahun ini.  Beliau pernah terbang ke Brazil bersama-sama dengan pasukan kebangsaan Bosnia ke Piala Dunia di Brazil.

djonlic
Ejdin Djonlic with Bosnia and Herzegovina manager Mehmed Bazdarevic.

Ejdin Djonlic turut mengikuti sesi latihan Bosnia semasa persediaan untuk perlawanan persahabatan menentang Sepanyol pada Mei tahun ini.

Ambil Serius Soal Karier

“Saya terlibat dalam dunia kejurulatihan pada usia sangat muda/awal sebab saya sangat cintakan sukan ini. Saya suka bermain bola sepak, namun saya sedar bola sepak lebih daripada itu. ”

“Saya menanam tekad untuk melakukan sesuatu yang lain dan sebagainya. Selepas berbincang dengan ayah saya, keluar satu tekad untuk menjadi seorang jurulatih.”

“Saya membaca tentang Jose Mourinho dan beberapa jurulatih lain yang bermula awal. Saya mencabar diri saya untuk melakukannya lebih awal daripada mereka ‘.”

djo1

“Jadi saya bermula segera untuk menjadi jurulatih di kelab tempatan saya di Norway. Saya mengambil Lesen C pada umur 15 tahun yang bersamaan dengan Tahap Satu atau Dua lencana di UK.”

“Saya melatih kanak-kanak dan membangunkan kurikulum di kelab tempatan saya.”

“Selepas itu, saya membuat keputusan untuk melanjutkan Lesen B dan mendapatnya pada usia 18. Itu agak luar biasa.”

“Saya memohon bersama-sama dengan 40 lagi calon dari kawasan saya. Kami terlibat dalam sesi serangan balas (counter-attacking session).”

“Saya sudah cukup bersedia untuk sesi itu. Keputusan dan maklum balas yang saya terima adalah sangat baik. Penilai meletakkan saya dalam senarai cemerlang (top list).”

“Dia (penilai) berkata:’Ejdin berhak untuk mendapat Lesen B walaupun pada usia yang muda’.”

“Terdapat beberapa bekas profesional dalam sesi kursus itu. Ada yang saya pernah dengar dan ada yang tidak, ia sangat menarik untuk berkongsi sesi dengan mereka.”

djonqq

“Ramai mulai mengetuk pintu saya walaupun pada 1 pagi, meminta saya untuk membantu mereka dengan sesi latihan mereka hari berikutnya (pagi nanti).”

djon2

“Sepanjang melanjutkan kursus Lesen A pula, saya berjumpa dengan jurulatih dari Jerman, Belanda, Austria, Switzerland, Croatia dan Serbia semasa kursus saya.

“Saya mengambil kesempatan dengan menghabiskan setiap hari bercakap dengan mereka.”

“Bertanya bagaimana taktikal berfungsi dan apa senario di negara mereka.”

“Pembantu Martin Jol di Fulham dan Spurs, Michael Lindeman, antara salah seorang yang berada dalam sesi tersebut. Seorang yang berpengalaman dan rasa teruja ketika bercakap dengan beliau.”

“Tidak lama selepas itu, ramai yang mulai sedar akan kebolehan saya dan mereka menggelar saya ‘Mini-Jose’ atau ‘Mini-Mourinho’.”

Tawaran Dari Tottenham Dan Arsenal

“Arsenal dan Tottenham, kedua-duanya pernah menawarkan saya peluang untuk bekerja dengan akademi mereka. Ketika itu saya masih belajar untuk Ijazah Asas Kejurulatihan.”

“Tetapi saya terpaksa menolaknya kerana saya mahu menamatkan ijazah penuh. Saya takut saya tidak dapat membahagikan masa kerana kursus saya perlukan saya banyak pergi ke luar.”

“Saya masih mahu belajar banyak lagi. Ia memang tawaran bagus, tetapi saya mahu habiskan kajian bola sepak di Universiti Solent, Southampton Solent.”

“Selepas saya tamatkan semua kursus tersebut, saya boleh pergi ke mana-mana pekerjaan dalam industri bola sepak.”

“Anda perlu memiliki latar belakang aspek teori dan asas yang praktikal yang kuat, dan kursus ini membolehkan saya untuk membangunkan perkara-perkara tersebut.”

“Selepas menamatkan dua lencana pertama saya di Norway. Saya kemudiannya ke England untuk belajar, saya memohon dan melakukan Lesen A saya di Bosnia.

“Saya melakukannya kerana saya mahu menjadi unik dan berbeza daripada yang lain dalam industri bola sepak. Saya pergi ke tempat yang berbeza kerana mahu belaja dengan cara yang berbeza.”

“Negara-negara Balkan telah membangunkan beberapa tactician yang luar biasa seperti Slaven Bilic, Miljan Miljanic, Radomir Antic. Jadi, saya ke sana untuk mendapatkan gambaran taktikal yang lebih jelas.”

Definisi Jurulatih Yang Sempurna Di Mata Ejdin

“Pada usia muda saya mula memerhatikan apa yang pengurus lakukan. Saya telah membaca segala bahan bacaan yang saya boleh dapat mengenai Mourinho dan saya melihat dia dalam diri saya.

“Beliau mengambil jalan yang sama seperti yang saya lakukan sekarang.”

“Kemudian muncul revolusioner bernama Klopp. Dan saya mengkaji cara beiau mengurus dan cara beliau mahukan pasukan beliau bermain.”

“Dan saya juga perlu mengagumi Sir Alex, dia adalah jurulatih yang paling hebat. Jadi, anda perlu mengagumi pragmatisme Mourinho, tetapi kemudiannya anda juga perlu melihat idealisme Klopp dan kepimpinan Ferguson.”

“Jika anda mampu menjadi ‘campuran’ ketiga-tiga mereka, anda akan menjadi jurulatih yang sempurna. Ideal bukan?”

“Dunia kejurulatihan kini semakin mencabar. Anda tidak boleh menjadi jurulatih satu dimensi. Anda mahukan 11 pemain bermain dan anda perlu ada persefahaman psikologi dengan setiap orang.”

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga :Paulo Futre: “Orang Portugal Sebenarnya Lebih Suka Lionel Messi Daripada Cristiano Ronaldo”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN