Jika Mane Bina Hospital & Sekolah, Osimhen Mahu Bantu OKU Seluruh Afrika

Victor Osimhen

Penyerang sensasi Napoli, Victor Osimhen kini sedang mengharungi musim yang cukup cemerlang bersama-sama kelab tersebut.

Jelas menjadi pemain yang cukup tajam di depan pintu gol, Osimhen dianggap sebagai bintang Afrika yang seterusnya mengikuti jejak langkah pemain seperti Didier Drogba, Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Bukan setakat mahu menjadi bintang di dalam padang, malah Osimhen juga ingin menyumbang kepada komuniti di luar padang.

Menjadikan Mane sebagai idola, Osimhen mahu menyumbang semula kepada Afrika dengan membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) di benua tersebut bagi memastikan hidup mereka lebih baik.

Untuk rekod, Mane membantu komunitinya di Senegal dengan membina sekolah dan hospital sehingga kisahnya itu menjadi inspirasi buat semua termasuklah Osimhen.

“Saya terinspirasi dengan Sadio Mane, tetapi saya ada sasaran berbeza berbanding beliau.

“Beliau membina infrastruktur untuk komunitinya di Senegal. Ianya hebat, tetapi bagi saya, saya ingin membantu warga OKU di seluruh Afrika. Saya selalu ingin membantu dengan sehabis baik jika ada kesempatan,” kata Osimhen menerusi Sports Brief.

Sebagai rekod, Osimhen sebenarnya sudah dalam proses untuk membuka ibu pejabat bagi membantu insan-insan OKU di seluruh Afrika.

“Saya dalam proses untuk membuka ibu pejabat di Afrika yang akan membantu untuk mencapai sasaran ini.

“Jika anda tiada kaki, kami akan buatkan yang baharu untuk anda. Jika ianya adalah lengan, kami akan ciptakan yang baharu untuk anda. Kami mahu mereka bersama sama rata dengan orang lain. Kami bekerja untuk Afrika,” ujar Osimhen lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN