Jika Lutut Tidak ‘Barai’ Kali Ke-3, Azalinullah Sepatutnya Layak Sarung Jersi Harimau Malaya

Azalinullah Terengganu FC

Dalam rancangan Sembang BOLA yang membincangkan isu panggilan skuad kebangsaan pada minggu lepas, barisan panel bersetuju bahawa pemain tengah Terengganu FC, Azalinullah Alias layak diberi peluang untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Prestasinya yang semakin meningkat saban tahun sewajarnya membuka mata ketua jurulatih Tan Cheng Hoe untuk menyenaraikan pemain tersebut dalam sesi latihan yang berlangsung di Johor Bharu ketika ini.

Namun hanya selang beberapa hari, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan berita buruk melibatkan pemain berusia 25 tahun itu yang disahkan mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) dan ianya merupakan kecederaan berulang buat kali ketiga!

Azalinullah mendapat kecederaan serius itu ketika menentang Melaka United FC pada 17 Mac lalu dan terpaksa melupakan terus baki saingan pada musim ini.

Kecederaan ACL merupakan mimpi ngeri buat mana-mana atlet kerana tempoh pemulihannya mengambil masa yang panjang sekurang-kurangnya enam bulan.

Namun kebiasannya ‘mangsa’ ACL terpaksa menunggu proses pemulihan penuh sehingga setahun atau lebih dan ada juga yang terpaksa menggantung but dan melupakan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Azalinullah dalam laporan yang disiarkan Media MFL mengakui bahawa beliau hampir berputus asa untuknya menempuh hari-hari mendatang memandangkan sebelum ini sudah bergelut untuk mendapatkan semula prestasi terbaiknya.

Kali pertama beliau berdepan kecederaan ACL pada musim 2015 sewaktu bersama Harimau Muda C dan seterusnya pada tahun 2019.

Walaubagaimanapun, dia enggan dihimpit tekanan terlalu lama dan kini sudah mendapat semangat baharu bagi memastikan proses pemulihan berjalan lebih lancar selain mengambil positif dugaan yang dihadapi ini dapat menjadikannya lebih matang untuk mencipta kembali nama pada musim depan.

“Memang awal-awal saya rasa macam dah tiada harapan dan rasa nak putus asa sebab baru nak mula beraksi dengan baik musim ini, tapi tak sangka dapat ACL pula,” ujar anak jati Terengganu itu.

“Cuma bila fikir balik, tiada guna untuk saya terus rasa seperti itu sebab benda sudah jadi, dan sekarang memang saya sangat bersemangat untuk fokus kepada proses pemulihan supaya dapat bangkit dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Sekarang saya tengah tunggu untuk melakukan pembedahan pada awal April depan dan selepas itu akan berusaha untuk mendapatkan kembali kecergasan walaupun saya tahu peluang agak tipis untuk beraksi kembali pada musim ini.”

TFC kini hanya dibezakan satu mata sahaja dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk berada di tangga kedua apabila tewas 1-2 kepada Sabah FC pada Ahad lalu.

Meskipun hanya mampu memberi sokongan daripada luar, Azalinullah positif skuad kendalian Nafuzi Zain ini akan terus memberi pertarungan sengit untuk mencabar kedudukan teratas liga selain dapat membuktikan sesuatu dalam pentas Piala AFC 2021.

“Saya harap rakan-rakan akan terus bersatu untuk memberi saingan sengit memandangkan kita juga dah bermula dengan baik pada awal musim, dan usaha ini tidak boleh terhenti sampai situ sahaja,” katanya lagi.

“Sekarang pemain baharu pun ramai, dan saya percaya mereka akan dapat melakar kejutan untuk perlawanan-perlawanan akan datang nanti.

“Saya teringin juga nak kembali ke padang pada aksi-aksi terakhir liga di penghujung musim kalau dapat pulih dengan cepat, cuma saya rasa sebaikya saya tidak perlu tergesa-gesa untuk elak perkara tidak diingini berlaku.”

Warga Semuanya BOLA mendoakan semoga Azalinullah kembali sembuh secepat yang mungkin dan kembali menggegar arena bola sepak negara.

Kredit Foto: Terengganu FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Kenangan K. Rajagopal Sebagai Pemain Muda Digandingkan Dengan Legenda SuperMokh

Selepas Dikecewakan Kedah, Flumen Holdings Mahu Miliki Langkawi City FC?

Senarai Perbuatan FAM & MFL Yang Boleh Buat Penyokong Muak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN