JFA Tawar Permufakatan Dengan FAM Untuk Pembangunan Bola Sepak

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) mengadakan perbincangan dua hala selama lima hari bermula hari ini di Tokyo bagi memenuhi ruang kerjasama berpandukan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Pejabat Perdana Menteri, April lalu.

Delegasi FAM ke Jepun diketuai Presidennya, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, atas jemputan rakan sejawatannya di JFA, Kohzo Tashima, hampir lima bulan selepas MoU ditandatangani di Putrajaya sambil disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Dato’ Haji Hamidin dan delegasinya disambut meriah oleh kakitangan JFA sejurus ketibaan di JFA House.

Lawatan di JFA House ini membuka ruang pembangunan mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama, termasuk kem latihan skuad kebangsaan, pendidikan kejurulatihan, pembangunan pengadil, pembangunan teknikal dan belia, pembangunan akar umbi, bola sepak wanita dan futsal serta jalinan hubungan kerajaan.

Selepas pembentangan kertas kerja dan perbincangan dua hala ini, FAM berharap dapat memuktamadkan beberapa elemen permuafakatan untuk JFA membantu FAM menambah baik prestasi pemain secara individu dan kelompok pemain secara berpasukan.

FAM menghargai ketelusan JFA yang membincangkan hala tuju dan cabaran membangunkan bola sepak di negara itu secara telus.

Pertemuan dua hala ini sangat terbuka dan telus di mana kedua-dua negara berbincang mengenai cabaran sedia ada, kekuatan dan kelemahan serta idea-idea yang boleh dijadikan panduan kepada pembangunan bola sepak di peringkat tempatan.

Selain barisan exco FAM, turut menganggotai delegasi FAM ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail dan Ahmad Redzuan Shafi, Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan.

Sebagai permulaan, JFA membentangkan topik pembangunan wanita serta cabarannya sekalipun Jepun muncul juara Piala Dunia FIFA Wanita pada 2011, serta pembangunan remaja, pendidikan jurulatih dan pembangunan akar umbi serta kaedah persiapan dari sudut faktor luaran skuad senior lelaki menjelang Piala Dunia FIFA 2018.

Delegasi FAM juga dimaklumkan pembangunan akar umbi di Jepun tiada punyai had usia bagi memastikan setiap golongan dan lapisan masyarakat diberi ruang menikmati bola sepak dalam pelbagai bola sepak seperti pesta bola sepak kanak-kanak dan bola sepak berjalan atau ‘walking football’.

Setakat Mac 2019, JFA memaklumkan kepada delegasi FAM bahawa Jepun mempunyai sejumlah 889,959 pemain, 27,918 pasukan, 81,883 jurulatih dan 274,544 pengadil. Jumlah penduduk Jepun ialah 127 juta.

Delegasi FAM turut dibawa ke Muzium bola sepak JFA yang mempertontonkan sejarah serta pencapaian bola sepak Jepun.

Kami di SemuanyaBOLA berharap ada kerjasama yang efektif antara FAM dan JFA dalam usaha membangunkan bola sepak Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN