Jesse Lingard Gembira Paul Pogba Yang Sebenar Kini Telah Muncul

Manchester United ketika ini mempunyai waktu yang cukup mengujakan selepas pengendali sementara, Ole Gunnar Solskjær tiba di Old Trafford.

Mereka kembali mendapatkan rentak dengan menang 3 perlawanan berturut-turut dan pemain yang paling ketara mempunyai perubahan ialah Paul Pogba.

Pogba kembali ke prestasi terbaik beliau dan mula sedikit demi sedikit memberikan sebab mengapa Manchester United membayar harga yang mahal terhadapnya.

Menurut laman The Guardian, rakan sepasukan iaitu Jesse Lingard  kini gembira kerana kembali melihat kualiti Pogba yang beliau ketahui sebelum ini.

“Kini saya sudah kembali melihat Paul Pogba yang biasa saya kenal.”

“Beliau kini cukup menikmati bola sepaknya. Pogba cukup gembira bermain dengan tugasan hanya duduk di tengah, sedikit ke kiri.”

“Pogba mempunyai kebebasan untuk lakukan apa saja. Beliau akan mara ke depan dan menjaringkan gol.”

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 26: Paul Pogba of Manchester United celebrates with team mates Victor Lindelof, Jesse Lingard and Juan Mata of Manchester United after scoring their team’s third goal during the Premier League match between Manchester United and Huddersfield Town at Old Trafford on December 26, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Lingard jelas berterima kasih kepada Solskjær di atas usaha beliau mengembalikan prestasi Manchester United.

Pada hemat Lingard, pengurus sementara itu mempunyai kualiti yang cukup baik dalam pengurusan pemain atau man-management.

“Pengurus sementara ini cukup mantap apabila bercakap secara satu lawan satu dengan para pemain.”

“Ianya satu pengurusan pemain yang baik, beliau akan selalu bercakap dengan pemain dan beritahu apa yang mereka perlu lakukan.”

Manchester United menang 3 perlawanan pertama di bawah kendalian Solskjær dengan Pogba menjadi pemain terbaik perlawanan sebanyak 2 kali.

Lawan mereka seterusnya ialah Newcastle United di St. James’ Park.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN