Pemain West Ham United, Jesse Lingard mengakui hidupnya kini lebih baik berada di London ketika ini selepas menghadapi masa sukar bersama kelab asalnya.
Beliau yang dipinjamkan daripada Manchester United mengatakan yang dirinya mengalami kesukaran untuk mengekalkan konsistensi apabila berada di Old Trafford.
Pada hemat Lingard, kehadirannya ke London jelas sekali membantu dirinya untuk menaikkan semula semangat dalam kariernya yang malap.
“Jelas sekali saya cukup gembira bermain bola sepak dan menyesuaikan diri di sini [West Ham]. Rakan-rakan juga melayan saya dengan baik.”
“Saya datang ke sini untuk bermain bola sepak saban minggu dan itulah yang saya lakukan sekarang. Bermain bola sepak amat gembirakan saya dan apabila kami menang dan bermain seperti menentang Tottenham Hotspur, itu adalah nikmat,” kata Lingard kepada Goal.
Lingard mengatakan yang kini beliau sudah mula berasa konsisten dalam prestasinya dan tidak goyah sebelum ini.
Kini berada pada usia 28 tahun, beliau berasakan sudah tiba masanya untuk terus mengekalkan kualiti permainan terbaik supaya persembahannya mendapat perhatian saban minggu.
Baca juga artikel kami mengenai Jesse Lingard:
Jesse Lingard: 11 Perkara Mengenai Pemilik Baharu Jersi No.11 West Ham
Debut ‘World Class’ & Dua Gol Jesse Lingard Tenggelamkan Aston Villa
https://www.goal.com/en-ph/news/lingard-admits-to-consistency-struggles-at-man-utd-after/1stsggcclx7r61r5fbxsyyae3n