Jersi Terengganu seperti diakui antara memiliki rekaan corak serta pilihan warna yang sangat menonjol saban tahun dan ia tidak menghairankan jika ramai peminat tempatan di setiap negeri turut memilikinya.
Namun, ia adalah sesuatu yang sangat unik apabila jersi Sang Penyu turut mendapat perhatian daripada peminat dari luar negara dan mereka tampil menghargainya.
Menerusi perkongsian dibuat oleh laman dari luar negara iaitu Surprise Shirts, beliau memilih jersi Terengganu ketiga pada musim 2021 sebagai kegemarannya.
“Saya akan pilih jersi ketiga Terengganu musim 2021 sebagai pilihan sepanjang masa kerana rekaannya yang begitu menakjubkan bersama pilihan warna sangat cantik serta lencana berwarna warni yang berubah di bawah cahaya,” ulas lelaki berkenaan.
Malah pakaian tersebut juga sering dipakai oleh hos laman berkenaan ketika mengulas tentang jersi-jersi lain dan mendapat pelbagai maklum balas positif daripada penyokong Malaysia serta Sang Penyu sendiri di ruangan komen.
“Tengok pentingnya jersi ni. Walaupun team tu menang atau tidak, faktor rekaan juga menarik orang yang melihat. And its batchmark for design,” komen kakibangku00.
“Thank you boh for shout out Terengganu,” ulas Reza Shahmi yang bangga bila melihat jersi kelab berkenaan dipamerkan di media sosial antarabangsa.
“Rasa bangga sebab ada sehelai kat rumah,” kata mhddamf di ruangan komen laman tersebut mengenai jersi Terengganu yang dianggap sangat cantik.
Selain itu, beberapa komen lain juga tampil bangga apabila jersi kelab tersebut telah pun mendapat perhatian daripada peminat dari luar negara.
Untuk rekod, jersi Terengganu ketiga ini dikeluarkan pada bulan Jun tahun 2021 menerusi keluaran syarikat AL dengan kelainan ditampilkan berjaya menarik perhatian ramai penyokong ketika itu.
“Terengganu Malaysia menduniaa bohhh,” bangga naimxzfr mengenai perkara tersebut setelah melihat peminat luar negara menyarung jersi kelab Sang Penyu.
Pada kami di Semuanya BOLA pula, jersi berkenaan sememangnya sangat cantik dan ia menjadi suatu kebangaan sebenarnya buat para penyokong kerana ia mendapat di peringkat antarabangsa.
Malah, ini menjadi pemangkin terbaik buat pengurusan Sang Penyu selepas ini untuk menghasilkan rekaan corak lebih berkelas tinggi serta menarik perhatian lebih ramai peminat dari luar negara untuk turut memilikinya pada masa hadapan.
Pandangan anda pula bagaimana?