Jersi & Barangan Skuad Kebangsaan Mula Disimpan Di Stor JMF

Tempoh hari, Presiden FAM ada mendedahkan yang banyak barang kelengkapan untuk skuad kebangsaan terutama jersi pasukan negara dilaporkan hilang.

Maka dengan itu, Presiden FAM telah membuat keputusan untuk memindahkan segala barangan mengenai skuad kebangsaan dialihkan ke stor simpanan yang dikawal selia oleh askar Johor Military Force (JMF).

Pemindahan dilakukan

Seperti yang telah dikatakan oleh Presiden FAM tempoh hari, segala gerak kerja telah pun dilakukan bagi memastikan barang kelengkapan skuad kebangsaan dijaga dengan rapi selepas ini.

Semalam, pihak FAM telah menghantar barang-barang skuad kebangsaan ke stor simpanan JMF di Johor Bahru.

Pemindahan tersebut menyaksikan berkotak-kotak barangan skuad kebangsaan dipindahkan.

Gambar: FAM

Mulai sekarang, barangan skuad kebangsan akan dikawal oleh pihak JMF.

Tujuannya adalah untuk memastikan aliran keluar masuk barangan skuad kebangsaan dijaga dengan baik serta tahap pengawasan yang cukup rapi dan tinggi.

Jelas ini merupakan perkara yang cukup serius yang ditonjolkan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam memastikan bola sepak negara berada di landasan yang betul.

Baca juga: Sistem VAR Jadi Kenyataan Di Malaysia, Bakal Dilaksana Di Liga Super Mulai 2018

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN