Jersi Pra-Musim Terengganu Tiru Rekaan AC Milan?

Terengganu

Musim 2023 kini telah memulakan sesi pemanas badannya dengan kesemua kelab Liga Malaysia dalam rangka persiapan sebelum saingan sebenar bermula.

Antara yang rancak melakukan persiapan adalah Terengganu yang semalam turun menentang Kelantan United sebelum terbang ke Thailand selepas ini.

Namun selain daripada persembahan mereka yang berjaya menewaskan United dengan jaringan 2-1 hasil jaringan Ivan Mamut dan Domagoj Pusic, ada satu perkara lain yang mencuri tumpuan.

Ianya adalah jersi yang dipakai oleh Terengganu pada perlawanan di Kota Bharu.

Jersi yang disarung oleh Terengganu itu dilihat menyerupai corak yang pernah digunakan oleh AC Milan satu ketika dahulu – dan ianya dianggap amat buruk.

Sebelum ini, jersi AC Milan mengenakan corak “sekerat” dengan hanya di bahagian dada sahaja terdapat warna merah hitam kelab itu dan selebihnya hanyalah putih kosong.

Pendekatan sama dilakukan oleh Terengganu dengan menyelitkan warna jalur turqoise hitam dan selebihnya adalah warna putih.

Corak yang dikeluarkan oleh PUMA sebelum ini kini ditiru oleh Umbro dan ianya turut mendapat perhatian media antarabangsa iaitu Footy Headlines.

Footy Headlines adalah sebuah laman yang menceritakan pelbagai perkembangan mengenai jersi bola sepak termasuklah dari Liga Malaysia.

Jersi ini dilihat sebagai gabungan tiruan untuk jersi AC Milan dan Chelsea pada musim 2019/2020.

Hal ini kerana, font yang digunakan oleh jersi pra-musim Terengganu itu adalah sama dengan yang dipakai oleh Chelsea ketika mereka terlibat dalam saingan Eropah.

Cuma yang membezakan font kedua-dua kelab ini adalah di bahagian bawahnya apabila Chelsea diletakkan logo pasukan sebaliknya Terengganu meletakkan penaja mereka.

Keputusan Umbro menggunakan kedua-dua corak ini yang dikenali ramai ini menimbulkan persoalan oleh media seperti Footy Headlines, kenapa nak tiru rekaan yang dianggap terburuk?

Walaupun timbul persoalan tersebut, corak yang dibawa kelihatan menerima reaksi positif oleh penyokong Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN