Morgan Schneiderlin Sertai Everton, Dapat Nombor Jersi Pelik Dari Pihak Kelab

Morgan Schneiderlin kini sudah bergelar pemain Everton yang baharu selepas berpindah dari Manchester United.

Ia boleh dikatakan sebagai permulaan yang segar untuk bekas pemain Southampton ini selepas gagal menjadi muka tetap dalam kesebelasan utama Manchester United di bawah kendalian Jose Mourinho.

Hal ini kerana beliau akan bersama semuka dengan Ronald Koeman – pengurus yang menjadikan beliau pemain yang cukup stabil di Premier League.

Pembelian yang baik?

Schneiderlin dibeli dengan harga yang tidaklah terlalu mahal iaitu hanya £20 juta sahaja.

Namun begitu, harga tersebut boleh meningkat kepada £24 juta selepas terdapat beberapa ads-on yang terdapat dalam kontrak beliau.

Beliau dijangka akan beraksi pada perlawanan menentang Manchester City minggu ini.

Rata-rata respon yang diberikan oleh peminat Everton berpuas hati dengan pembelian Koeman ini. Sambil mereka mengharapkan pemain yang berasal dari Perancis ini dapat mengembalikan prestasi beliau di Everton seperti ketika di Southampton dahulu.

Hasil tinjauan penulis, bukan sahaja penyokong Everton yang mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. Malah ramai penyokong Manchester United yang mengucapkan selamat maju buat beliau di laman Facebook Everton.

Perpindahan Schneiderlin ke Everton nyata satu perkara yang tidak digemari penyokong Manchester United. Hal ini kerana, rata-rata dari penyokong Manchester United gemar dengan beliau.

Namun demi kebaikan karier beliau, beliau terpaksa pergi untuk menjadi pemain yang lebih baik.

Ketika bercakap kepada media, Schneiderlin begitu gembira kerana dapat bermain untuk pasukan seperti Everton.

“Everton adalah pasukan Inggeris yang kaya dengan sejarah.”

Nombor pelik

Namun, apa yang membayangi berita perpindahan Schneiderlin adalah mengenai nombor jersi yang dipakai beliau.

Everton telah memberikan jersi bernombor 2 kepada beliau. Dan rata-rata penyokong Everton merasakan tindakan ini merupakan tindakan yang ‘pelik’ dari Everton.

Hal ini kerana nombor 2 adalah nombor yang pelik untuk seorang pemain tengah.

Sebelum ini, pemain Asamoah Gyan pernah menyarung jersi nombor 3 semasa bermain di Sunderland dan William Gallas pernah menyarung jersi 10 ketika bermain di Arsenal.

Ada penyokong Everton yang mengucapkan ‘semoga berjaya’ kepada Schneiderlin.

Beliau berkata secara perli kerana nombor 2 itu dikatakan nombor yang berat untuk Schneiderlin. Hal ini kerana sebelum ini, nombor jersi itu dipakai oleh lagenda Everton – Tony Hibbert.

Apa pun, semoga berjaya buat Schneiderlin!

Baca juga: Adakah JDT Akan Jalin Kerjasama Dengan King Power?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN