Jersi Kelantan Dapat Sentuhan Lotto, Bakal Papar Logo Syarikat Kereta Jerman Di Jersi

Jersi Kelantan FA bakal mendapat sentuhan jenama sukan Itali, Lotto bermula musim 2018 akan datang menurut sumber Semuanya BOLA hari ini. Selain itu, bahagian depan jersi pasukan yang digelar The Red Warriors itu turut bakal tertera logo sebuah syarikat automotif Jerman.

Perkara ini telah pun disahkan oleh Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan kepada Berita Harian pada bulan lepas.

Kredit: Dunia Sukan

Bagaimanapun sumber kami memberitahu jenama Lotto, bukan AL Sports, yang akan menaja segala kelengkapan kit Kelantan untuk skuad Liga Super, Piala Presiden, Piala Belia dan pasukan bola sepak wanita bagi musim 2018.

Lotto yang diurus oleh Prestigesports Sdn. Bhd. di Malaysia merupakan satu lagi syarikat kepunyaan Tuan Haji Ali Hassan, pengasas dan pengerusi Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd.

Lotto bakal menggantikan jenama HORC yang digunapakai oleh jersi Kelantan pada musim 2017 lepas. Hanya pasukan Selangor FA yang menggunakan jersi jenama Lotto dalam saingan Liga Super musim lepas.

Selain daripada itu, Bibi Ramjani juga mengesahkan KAFA sudah ada penaja jersi. “Cuma kita bakal menentukan kedudukan logo penaja di bahagian depan dan belakang jersi pada 14 November ini,” kata Bibi Ramjani kepada Berita Harian.

Biarpun beliau enggan memberitahu nama syarikat yang berminat untuk menaja Kelantan pada musim 2018, kami diberitahu logo sebuah syarikat automotif Jerman bakal tertera di bahagian jersi mereka.

AL Sports taja jersi Negeri Sembilan FA

Sementara itu, jersi Negeri Sembilan FA untuk musim 2018 pula akan mendapat sentuhan AL Sports – sebuah jenama sukan tempatan yang dibangunkan oleh Al Ikhsan Sports Sdn. Bhd.

Ini bermakna Negeri Sembilan akan menjadi pasukan ketiga di Malaysia yang mendapat tajaan AL Sports selepas Perak (bermula musim 2015) dan Kedah (bermula musim 2017).

Selangor dapat tajaan jersi daripada syarikat telekomunikasi

Selangor FA yang akan terus memakai jersi Lotto pada musim depan pula dikhabarkan telah mendapat tajaan daripada sebuah syarikat telekomunikasi.

Logo syarikat telekomunikasi tersebut yang sebelum ini pernah menaja sebuah pasukan pantai Timur akan dipaparkan di bahagian depan jersi mereka.

Senarai pengeluar jersi pasukan Liga Super 2018

Kelantan: Lotto
Selangor: Lotto
Kedah: AL
Perak: AL
Negeri Sembilan: AL
JDT: Nike
KL: Skyhawk
Melaka United: Warrix
Pahang: FILA
PKNP: Skyhawk
PKNS: Kappa
Terengganu: Kobert

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN