Jersi Kedah 2017 Dilaporkan Licin Di Al-Ikhsan, Jersi Away Paling Hangat

Jersi Kedah untuk musim 2017 muncul jersi paling hangat di pasaran biarpun baru dilancarkan pada 5 hari yang lepas. Inilah penangan kesetiaan dan kefanatikan penyokong Kedah!

Dan perlu diingat, semua stok jersi Kedah yang terjual ini merupakan jersi berkualiti ‘player issue’.

Menurut sumber dari AL Sports yang memberitahu kami, kebanyakan stok jersi Kedah sudah habis di semua cawangan Al-Ikhsan di Kedah.

“Kami hanya menjual jersi Kedah 2017 ini di semua cawangan-cawangan kami di Kedah sahaja. Kecuali cawangan Langkawi. Belum sempat kami bawa ke cawangan luar Kedah, banyak stok jersi Kedah yang sedia ada sudah habis!”

Jersi away Kedah (merah, hijau) paling mendapat sambutan penyokong Kedah. Al-Ikhsan melaporkan stok jersi away Kedah sudah habis terjual di semua cawangan-cawangan Al-Ikhsan di Kedah.

Sumber: Facebook Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah –

Jersi home Kedah (kuning, hijau) juga tak kurang hebat sambutannya. “Untuk jersi home, hanya tinggal lebih kurang 300 helai di seluruh Kedah. Dan kebanyakannya tinggal saiz kecil.”

Sumber: Facebook Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah –

Jersi ketiga Kedah (kelabu, hitam) masih boleh didapati di semua cawangan-cawangan Al-Ikhsan di Kedah (kecuali Langkawi).

Sebagai rekod, jersi ‘player issue’ Kedah dijual pada harga RM109.

[adrotate group=”6″]

Jersi fan issue Kedah bakal tiba

Meskipun stok jersi banyak sudah habis, Al-Ikhsan dan AL Sports tetap mempunyai berita gembira untuk penyokong Kedah.

Sumber dari AL Sports turut memberitahu kami bahawa stok jersi ‘fan issue’ Kedah sudah diterima dari kilang mereka dan sedang menunggu masa untuk tiba di semua cawangan Al-Ikhsan di Kedah.

“Jersi fan issue dah sampai di gudang kami. Kami jangkakan ia akan mengambil masa 3 hari sebelum peminat Kedah boleh mendapatkannya di semua cawangan Al-Ikhsan di Kedah.”

Jersi ‘fan issue’ Kedah bakal dijual pada harga RM69. Perbezaan jersi ‘fan issue’ dengan ‘player issue’ adalah dari segi kualiti fabrik dan cetakan.

Jersi ‘player issue’ diperbuat daripada fabrik yang dilengkapi teknologi SmartDRY dan mempunyai sijil Eco Passport dari OEKO-TEX. Cetakan dalam jersi ‘player issue’ pula menggunakan teknik cetakan heat press yang jauh lebih tajam resolusinya, kemas dan tahan lama.

Kepada penyokong-penyokong Kedah Darul Aman!

Anda boleh mendapatkan jersi Kedah 2017 yang asli (player issue dan fans issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA, SBX. Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN