Sebentar tadi Barcelona menerusi akaun rasmi twitter mereka telah memberikan sekilas pandang jersi Barcelona musim 2017/18.
Seperti yang telah diumumkan mereka sebelum ini, syarikat gergasi Jaepun, Rakuten akan menjadi penaja yang akan menjadi utama di hadapan jersi mereka.
Ini selepas kelab bersetuju dengan perjanjian yang akan berkuat-kuasa pada 1 Julai 2017.
Jersi baru ini juga menandakan salah satu perjanjian terbesar dalam sejarah jersi bola sepak dengan nilai tajaan £47 juta setahun dari Nike.
Perjanjian kali ini adalah untuk 4 tahun. Perjanjian yang berpotensi menjadikan Barcelona kelab terkaya di dunia mengatasi Real Madrid.
Presiden Barcelona, Joseph Maria Bartomeu memberitahu media:
“Perjanjian ini meletakkan kami berada di barisan hadapan untuk penajaan kelab bola sepak.”
“Ini menepati obejktif yang diletakkan oleh Lembaga Pengarah kelab ini.”
Jersi utama Barcelona adalah keluaran Nike Vapor dengan menggunakan konsep tradisi Blaugrana. Ianya gabungan kombinasi progresif antara rekaan tradisional dengan revolusi teknologi Aeroswift.
Potongan moden yang seiring dengan zaman serta selesa dipakai menjadi keutamaan Nike Vapor.
Di bahagian torso, corak tradisi Blaugrana diselitkan dengan garisan merah yang menjadi kontras kepada warna deep royal blue.
Bendera Catalan, Senyera akan diletakkan di bahagian kolar. Ia signifikan kepada sejarah dan budaya kelab tersebut.
Neymar memberitahu media:
“Pengalaman pertama mengenakan persalinan baru Barcelona ini adalah rasa bangga dan optimis untuk menempuh musim baru. Ia adalah jersi moden dalam dunia sukan.”
Jersi ini akan mulai dijual pada 1 Jun di Nike.com/FCB dan juga di pengedar rasmi kelab serta kedai-kedai sukan yang terpilih.
Jersi kedua dan ketiga masih belum didedahkan. Beberapa kedai sukan besar di Sepanyol mendakwa mereka sudah menerima stok lengkap untuk jersi Barcelona.
Ada yang memberitahu jersi kedua adalah berwarna merah. Manakala jersi ketiga adalah electric blue.
Nampaknya penyokong setia Barcelona bolah sudah berkira-kira untuk mendapatkan jersi baru ini.