Jersi Admiral Jadi Pilihan PKNP FC Untuk Musim 2019

Kelab dari Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) telah melancarkan jersi rasmi mereka daripada jenama Admiral semalam sambil memperkenalkan barisan pemain yang akan membawa cabaran  pasukan itu untuk saingan Liga Malaysia musim 2019.

Warna putih dengan kolar berwarna oren menjadi pilihan PKNP FC sebagai jersi home (tuan rumah) manakala jersi berwarna oren akan dipakaikan ketika perlawanan di tempat lawan (away).

Difahamkan jersi tersebut berharga RM110.00 dan para penyokong PKNP FC boleh mendapatkannya dengan harga promosi iaitu RM75.00 ketika pelancaran jersi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung semalam.

Skuad kendalian Abu Bakar Fadzim pada musim ini diperkuatkan oleh 4 pemain import yang berpengalaman. Dua daripadnya merupakan pemain yang beraksi dengan skuad kebangsaan iaitu Siyovush Asrorov (Tajikistan) dan Yashir Pinto (Palestine).

Setelah semusim beraksi di Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang, pasukan PKNP FC akhirnya lega apabila dapat benar-benar beraksi di ‘laman sendiri” dalam saingan Liga Super musim ini.

Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan menjadi gelanggang tetap pasukan itu mulai musim ini.

Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata dalam utusan Malaysia, beraksi di Stadium MP Manjung mampu menarik kehadiran penyokong yang akan memberikan semangat kepada para pemain.

Malah Zainol mengakui terkejut dengan sambutan penyokong yang hadir pada majlis pelancaran jersi pasukan dan pengenalan pemain di stadium berkenaan di sini malam ini yang dihadiri kira-kira 4,000 orang.

“Pemain beraksi tanpa penyokong semasa bermain di Stadium Batu Kawan yang menjadi gelanggang tuan rumah pasukan ini pada musim lalu.

“Saya gembira apabila musim ini PKNP bermain di Perak iaitu di Manjung. Saya terkejut dengan sambutan penyokong di sini malah jualan tiket bermusim pun kita berjaya jual, sesuatu yang tak pernah kita buat sebelum ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN