Jerman vs Itali: Ini Adalah Urusan 2 Pasukan Besar!

Perlawanan yang istimewa

0,,19149302_303,00

Jerman sentiasa menjadi bogey team ketika menentang Itali. Tak kiralah, Itali turun dengan pasukan lebih lemah atau sebaliknya.

Balotelli pernah memberikan mimpi ngeri kepada Jerman dalam edisi Piala Eropah 2012 dan ketika itu skuad yang dibimbing Cesare Prandelli dianggap agak lemah berbanding dengan lawan mereka.

Apa yang pasti Itali bukan lawan yang digemari oleh Jerman. Itali tak pernah tewas kepada Die Mannschatf dalam mana mana perlawanan dalam kejohanan besar.

Jerman cuma menang 4-1 dalam perlawanan persahabatan pada Mac lalu.

Persediaan Rapi

Jerman telah diberikan kebenaran untuk berlatih di Evian bukannya di kem latihan mereka di Toulouse kerana mereka mahu mempersiapkan diri dengan lebih sulit.

Ia menggambarkan betapa Joachim Low memandang serius perlawanan ini lebih daripada mana mana perlawanan lain.

Manakala pemain Itali, Florenzi menyatakan mereka kali ini membuat persiapan lebih rapi selepas perlawanan menentang Sepanyol. Ini kerana selepas ini mereka akan berdepan dengan Juara Dunia.

Mereka lebih fokus untuk memperbaiki kelemahan pasukan mereka, kemudian barulah menonton analisis video tentang Jerman.

Taktikal

Conte menegaskan, biar semua orang tahu bahawa Itali bukan sekadar Cattenaccio! Cattennaccio adalah bolasepak bertahan dengan ramai pemain.

Namun Conte mahukan Itali juga tajam ketika menyerang selain daripada bertahan dengan disiplin catennacio.

Mereka akan membentuk 3-3-4 dalam quick transition football yang telah menjadi hiburan dan kekaguman kepada peminat bolasepak untuk Piala Eropah kali ini.

Low menyambut kata kata Conte dan berkata kepada wartawan;

“Awak ingat mereka Itali yang kita kenali sebelum ini? Tak! mereka bukan! Mereka bukan sekadar fokus untuk bertahan, mereka akan menyerang!. Saya percaya ia akan menjadi perlawanan terbuka Sabtu ini”

Untuk pasukan Jerman pula, mereka adalah pasukan yang lebih kompleks dari segi taktikal menyerang dengan pressing-possession football. Mereka ada keupayaan untuk membelah mana mana blok pertahanan yang degil.

Di atas kertas mereka dipampang sebagai pasukan 4-4-1-1 atau 4-1-3-2 namun dalam perlawanan, mereka akan membentuk taktikal yang varian.

Di bangku simpanan mereka ada kualiti yang boleh membentuk satu lagi pasukan yang kompeten untuk Piala Eropah.

Conte dan Low

antonio-conte-joachim-low_bzqrkdc5rkbjzeocvjiiyxj6

2 pengurus dengan karakter yang berbeza. Low mungkin lebih tenang namun beliau bukanlah pengurus yang selesa untuk duduk sahaja di kerusi.

Manakala Conte lebih ghairah di tepi padang. Beliau tidak mahu anak buah beliau hilang fokus atau tidak berada dalam pelan.

Kita tahu akan kemampuan kedua dua mereka untuk mengubah apa sahaja taktikal atau perubahan teknikal dalam perlawanan.

Cuma bezanya, Conte sudah berberapa kali berada dalam keadaan di mana pasukan mereka adalah bukan pilihan. Namun beliau sudah mengalahkan Belgium dan Sepanyol yang dianggap sebagai pasukan pilihan.

Low pula enggan melayan sebarang label pasukan pilihan. Beliau berkata;
“Selepas 0-0 menentang Poland, anda kata kami bukan pasukan pilihan. Namun selepas menang 3-0 ke atas Slovakia, anda kata kami pasukan pilihan.”

Tembok Turin vs serangan Jerman

Turin Wall yang dibarisi Buffon, Bonucci, Barzagli dan Chiellini telah menjadi antara benteng yang cukup konsisten setakat ini.

Turin wall ini telah menjadi sebab kenapa Itali bermain 3-5-2 kerana Conte mahukan tembok ini dijadikan sebagai tembok Italia.

Bukan sekadar bertahan, tembok Turin ini juga telah menjadi asas kepada counter attacking football oleh Itali dengan kualiti yang ada pada Bonucci yang secara tak langsung telah mengambil alih peranan Pirlo sbelum ini sebagai laser passer dari deep area.

bonucci-barzagli-chiellini-buffon

Turin Wall masih belum lagi dibolosi. Ketika menentang Ireland, Turin Wall tidak digunakan oleh Itali.
Ia bukan tugas mudah untuk Jerman.

Ini kerana, sebelum ini mereka berdepan kesukaran ketika berdepan dengan Poland dan juga Ireland utara.
Jerman masih tidak mendapat hasil yang terbaik daripada pemain seperti Thomas Muller.

Ia bukan opsyen yang terlalu bagus untuk mengharapkan pemain seperti Mario Gomez untuk melakukan tugas di target man berdepan Itali.

Pertarungan di bulatan tengah dan kreativiti

Itali dilaporkan akan kehilangan khidmat De Rossi, Candreva (kecederaan) dan Thiago Motta (penggantungan). Ini mungkin akan membolehkan seorang lagi bintang Juventus, Sturaro untuk mengisi kekosongan tersbut.

Ia bukan tugas mudah kerana Jerman sangat kuat di bahagian tengah dengan adanya Toni Kroos dan Sami Khedira.

Kehilangan cengkaman di bulatan tengah kepada Jerman akan membolehkan pasukan Joachim Low melakukan pelan esklusif melalui Kroos dengan hantaran kompas beliau.

Ini adalah aspek terpenting dalam perlawanan ini. Kedua dua pasukan memiliki kreativiti yang tinggi. Mungkin dalam satu perspektif pemain Jerman lebih berskil dan imaginatif.

Itali pula lebih direct. Tetapi, cara Itali yang direct ini telah membolehkan mereka sukar untuk dibendung daripada tiba ke kawasan kotak penalti lawan.

Mattia De Sciglio di antara pemain yang memiliki kreativiti yang tinggi dengan cara mereka tersendiri. Ia adalah dua dimensi bagaimana kedua dua pasukan akan cuba mencipta peluang.

Pakar taktikal vs kumpulan pemain berbakat

GettyImages-497695898.0

Conte telah menjadikan pemain yang dianggap biasa selama ini menjadi luar biasa di dalam pasukan Itali.

Siapa sangka pemain seperti Giacherini, Eder dan Pelle sebaris dengan nama nama pemain hebat lain dalam Piala Eropah kali ini. Italian Job !

Beliau akan berdepan dengan pasukan yang memiliki satu kelompok pemain Jerman yang memiliki bakat luar biasa.

Jika dibandingkan dengan pemain beliau secara individu, Jerman akan menang hampir kesemua. Namun bolasepak adalah lebih daripada 11 pemain terbaik. Ia adalah sukan yang memerlukan satu pasukan yang bagus.

2386330_w1

Conte telah berjaya melepasi cabaran Sepanyol dan Belgium yang kualiti pemain mereka juga jauh lebih baik daripada apa yang beliau miliki.

Conte tidak berada di zaman Itali melahirkan bintang bintang daripada akademi mereka seperti dahulu. Manakala Low pula memiliki sumber teknikal lebih baik termasuk daripada Bayern Munich.

Di samping itu, ramai lagi pemain Jerman yang menjadi pemain utama di kelab kelab besar Eropah.

Buffon vs Neuer

Italian goalkeeper of Juventus, Gianluigi Buffon (R), shakes hand with German goalkeeper of Bayern Munich, Manuel Neuer, at the end of the Uefa Champions League quarter final second leg soccer match Juventus FC vs FC Bayern Munich at the Juventus Stadium in Turin, Italy, 10 April 2013. ANSA/ALESSANDRO DI MARCO

Buffon adalah penjaga gol yang memiliki legasi dan masih berada di antara penjaga gol terbaik dunia dalam usia beliau yang sudah 38 tahun. Beliau adalah figura ikonik yang malar segar.

Walaubagaimanapun Buffon tidak mahu dibandingkan dengan Neuer.

“Ia agak ofensif untuk bandingkan penjaga gol yang sudah 38 tahun dengan Neuer. Maksud saya, Neuer adalah penjaga gol yang lebih baik, dan akhirnya itulah kebenarannya.”

Kedua dua penjaga gol masih belum dibolosi dalam kejohanan kali ini. Mereka berdua mungkin dari era berbeza namun tetap memiliki persamaan iaitu sentiasa boleh harap (reliable).

Pasukan besar untuk kejohanan besar

Pertemuan ini menghimpunkan gelaran 8 Piala Dunia dan 4 Piala Eropah diantara kedua – dua pasukan ini. Ia sudah cukup untuk menggambarkan betapa hebatnya kedua dua pasukan ini di kejohanan besar.

Itali dan Jerman telah menjadi pasukan yang sentiasa tahu cara bermain di kejohanan besar walaupun terpaksa membawa pasukan yang lemah. Ia adalah satu enigma !

Mereka seperti sangat berpengalaman dalam mengendalikan sebarang tekanan dalam kejohanan major.

Segala catatan dan pencapaian peribadi pemain pemain akan diketepikan dalam perlawanan ini kerana ini adalah Itali menentang Jerman.

Perlawanan yang dilabel pemerhati bolasepak sebagai selayaknya menjadi perlawanan akhir untuk Piala Eropah kali ini.

Sebelum wisel

Ini adalah pertemuan yang sentiasa seimbang dan tidak ada kasta pasukan pilihan atau bukan pilihan disini.

Sayang sekali salah satu daripada mereka akan pulang lebih awal selepas perlawanan ini. Ini kerana ramai yang menjangkakan ia adalah perlawanan yang berkualiti final.

Setiap perlawanan adalah final untuk Conte kerana selepas ini beliau akan ke Chelsea dan melepaskan tugasannya di Itali.

Namun, adakah Jerman akan menghantar beliau lebih awal ke England?

Pasukan manakah pilihan anda untuk mara ?

[adrotate banner=”9″]

Baca juga: Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Itali v Sepanyol (2-0)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN