Jerman Tewaskan Turki Untuk Anjur Euro 2024, Pertama Kali Sejak 1988

Jerman diumumkan sebagai penganjur Euro 2024 selepas selesai proses undian oleh anggota eksekutif UEFA pada malam tadi.

Dua negara tersebut memasuki peringkat akhir undian untuk melakukan pembentangan di hadapan UEFA, sebelum proses undian dijalankan. Pembentangan dan undian dilakukan di Nyon, Switzerland.

Keputusan ini bermakna Jerman akan menganjurkan kejohanan Euro 2024 buat pertama kalinya sebagai sebuah negar bersatu. Sebelum ini Jerman Barat pernah menganjurkan kejohanan tersebut pada 1988.

(Photo by Soeren Stache/picture alliance via Getty Images)

Manakala Turki tidak pernah bergelar penganjut mana-mana kejohanan utama bola sepak eropah dan dunia.

Untuk kejohanan eropah ini sahaja menyaksikan deretan bidaan oleh mereka gagal. Turki telah membida untuk Euro 2008, 2012, dan 2016, serta Sukan Olimpik 2020.

Manakala Jerman pernah menganjurkan Piala Dunia pada edisi 2006.

Penganjuran Euro 2024 juga akan kembali seperti asal iaitu penganjuran oleh sebuah negara.

Sebelum pemenang bidaan diumumkan, Presideng UEFA Aleksader Caferin berkata Jerman dan Turki kedua-duanya telah berjaya meyakinkan mereka, dan ia adalah sengit.

27 September 2018, Switzerland, Nyon:  Aleksander Ceferin, President of UEFA, will display a sheet with the words “Germany” during the announcement ceremony for the 2024 European Championship. (Photo by Soeren Stache/picture alliance via Getty Images)

Selepas melakukan pengumuman, beliau berkata:

“Prosedeur ini telus. Undian dilakukan secara demokratik. Setiap keputusan yang demokratik ialah keputusan yang tepat. Saya cuma boleh mengharapkan kejohanan Euro 2024 yang hebat,”

Euro 2024 akan menampilkan 24 pasukan yang bermula dari Jun sehingga Julai 2024, melibatkan 51 perlawanan selama 32 hari.

Perlawanan akhir sah akan diadakan di Berlin. Manakala perlawanan peringkat kumpulan dan kalah mati akan diadakan di beberapa venue lain seperti di Cologne, Dortmund, Dusseldorf, Frankfurt, Gelsenkirchen, Hamburg, Leipzig, Munich dan Stuttgart.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN