Jerman Julang Piala Konfederasi 2017, Tewaskan Chile 1-0

Juara dunia Jerman akhirnya menjuarai Piala Konfederasi buat pertama kali selepas kemenangan ke atas juara Copa America, Chile pada perlawanan akhir di St Petersburg.

Jaringan Lars Stindl pada separuh masa pertama adalah penentu kejuaraan. Ianya berpunca daripada kesilapan oleh Marcelo Diaz.

Chile cuba berusaha sedaya upaya untuk gol penyamaan namun gagal. Chile menguasai perlawanan dengan melakukan 22 cubaan gol tetapi masih gagal mendapatkan gol penyamaan yang mereka cari.

VAR sekali lagi menjadi tumpuan selepas Gonzalo Jara dengan jelas menyiku Werner di bahagian muka. Namun pengadil hanya melayangkan kad kuning kepada pemain tersebut, bukannya merah.

Chile mendapat peluang terhidang di hadapan gol sebelum wisel penamat namun rembatan Sagal tinggi ke udara.

Kejayaan Jerman ini melengkapkan koleksi kejuaraan antarabangsa di kabinet mereka. Lebih manis ia adalah kejuaran selepas pasukan B-21 mereka menjuarai Euro B-21 pada 48 jam sebelum final ini.

Joachim Loew ternyata berpuas hati dengan kejayaan ini. Beliau sebelum perlawanan menyatakan ramai pihak menghentam pemilihan pasukan yang dibawa beliau untuk Piala Konfederasi kali ini.

Generasi baru Jerman ini cukup kompetitif untuk bersaing dengan mana-mana pasukan di dunia. Antara pemain yang menonjol dalam kejohanan kali ini adalah Leon Goretzka dan Timo Werner.

2 pemain ini mulai dicanang peminat mereka untuk menggantikan Mario Gomez dan Sami Khedira dalam Piala Dunia Russia. Pencapaian terbaik Jerman sebelum ini dalam Piala Konfederasi adalah di tangga ke-3.

Kapten Chile, Claudio Bravo berbangga dengan semangat juang pasukan Chile. Beliau menyifatkan pasukan Chile membuktikan yang mereka mampu menyaingi kualiti pasukan Jerman. Beliau menambah lagi:

“Rasanya kami tidak perlu terlalu sedih dengan kekalahan ini. Kami tewas di tangan juara dunia.”

Kapten Jerman, Julian Draxler gembira kerana mereka selepas ini boleh bercuti dengan medal Konfederasi.

Claudio Bravo dianugerahkan penjaga gol terbaik kejohanan. Julian Draxler pula dianugerahkan Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan. Timo Werner pula berjaya membawa pulang Anugerah Kasut Emas.

Tahniah kepada pasukan Jerman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN