Jerman Menang Mudah, Can Terus Malang Kena Kad Merah Minit Ke-14

2019 nampaknya bukan tahun yang baik untuk Emre Can. Can diberikan peluang menyarung jersi Jerman walaupun hanya bermain terkumpul 80 minit musim ini di Juventus – kesemuanya sebagai pemain gantian.

Pada awal musim ini juga, Can menerima perkhabaran duka di mana namanya disisihkan daripada skuad UCL Juventus.

Can dengan terbuka mengkritik Maurizio Sarri yang dilabel oleh Can sebagai mengkhianatinya. Ini kerana Can dijanjikan tempat dalam UCL. Malangnya, seminggu selepas pertemuan dengan Sarri, nama beliau tidak dimasukkan.

Can menyertai Juventus secara percuma dari Liverpool. Namun selepas meninggalkan Liverpool, karier Can agak sukar berbanding sebelum ini.

Sebelum aksi menentang Estonia, Emre Can sekali lagi mengkritik Sarri yang tidak memberikan beliau cukup minit. Can menyatakan beliau tidak gembira.

Namun minggu ini adalah peluang untuk Can membuktikan sesuatu di atas padang.

Joachim Low memberikan beliau peluang untuk beraksi dalam perlawanan yang dianggap medan terbaik memberikan peluang kepada pemain seperti Can – menentang Estonia.

Emre Can diarahkan bermain posisi bek tengah, bukannya sebagai pemain tengah.

Malang menimpa Can, hanya 14 minit di atas padang, beliau diarahkan keluar padang oleh pengadil.

Can yang menjangkakan tiada pemain di belakangnya telah membiarkan bola melalui bahagian badannya dan tidak terus mengawalnya.

Terkejut melihat ada pemain lawan yang datang dari arah belakangnya, Can terus melakukan ‘sliding tackle’ untuk memenangi bola yang hilang dari kawalannya.

Pengadil telah melayangkan Can kad merah atas kesalahan pertahanan terakhir.

Can membantah keputusan pengadil dan menyatakan beliau bukan pemain terakhir. Namun pengadil menilai perkara berbeza kerana bola itu pada kedudukan terbaik untuk mencetuskan ancaman gol secara terus kepada Estonia.

https://twitter.com/i/status/1183461168565891077

Can dilayangkan ‘straight red card’. Dan Jerman terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk baki 76 minit.

Jerman menang 3-0, hasil 2 gol oleh Ilkay Gundongan dan 1 lagi gol sumbangan Timo Werner.

Nampaknya Emre Can perlu kembali menguatkan mentalnya untuk menghadapi semua tekanan yang menimpa beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN