Jerman Mara Ke Final, Mexico Kecewa Hanya Mampu Jaring 1 Gol Daripada 25 Cubaan

Mexico melakukan 25 cubaan gol sepanjang perlawanan ini namun hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja. Manakala Jerman melakukan 12 cubaan gol tetapi mampu menjaringkan 4 gol.

Kualiti penyudah di hadapan gol jelas masalah utama Mexico di dalam perlawanan ini. Mereka juga menguasai 61% daripada perlawanan hari ini.

Mereka hanya mampu menewaskan Ter Stegen pada minit ke-89. Mereka memiliki 8 cubaan tepat di dalam perlawanan ini.

Persembahan ‘masterstroke’ Goretzka

Pemain yang sebelum ini dikaitkan dengan Bayern Munich dan Arsenal ini telah menjaringkan 2 gol dalam 8 minit pertama perlawanan.

Pemain tengah Schalke 04 ini membuka tirai jaringan pada minit ke-6. Selang 2 minit kemudian beliau menjaringkan gol kedua.

Goretzka beraksi cemerlang dalam perlawanan ini dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Werner menambah 1 lagi gol pada minit ke-59. Sisa perjuangan Mexico cuba dihidupkan kembali oleh Marco Fabian pada minit ke-89 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti.

Namun Amin Youness menjaringkan gol ke-4 Jerman pada masa kecederaan. Jadi isu yang jelas adalah penyudah klinikal Jerman berbanding dengan Mexico.

Hebatnya squad depth Jerman

Skuad muda Jerman pada kali ini lebih kepada pasukan percubaan (trial) dan eksperimental oleh Joachim Low.

Beberapa pemain muda yang cemerlang akan diserap masuk ke dalam pasukan utama Piala Dunia 2018 dengan beberapa nama regular dalam skuad Jerman seperti Manuel Neuer, Jerome Boateng, Mesut Ozil, Toni Kroos dan Thomas Muller.

Skuad kedua Jerman ini turut dibarisi oleh pemain-pemain dari kelab seperti Barcelona, Bayern Munich, Manchester City, Paris St-Germain, Arsenal dan Liverpool.

Selain daripada skuad ini, Jerman juga ada skuad B-21 mereka yang mara ke final Euro B-21 2017 menentang Sepanyol pada hari ini.

Di sana, mereka juga ada deretan bakat muda yang menyaingi pasukan Piala Konfederasi Jerman. Ini membuktikan Jerman memiliki depth yang sangat kukuh untuk skuad bola sepak mereka.

Apa kata jurulatih

Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio jelas kecewa dengan keputusan ini yang dianggap beliau agak kejam untuk mereka. Osorio berkata:

“Kami sepatutnya mendapat keputusan yang lebih baik. Pasukan lawan lebih efisien dan memanfaatkan ruang. Kami memberikan mereka banyak ruang.”

“Namun saya merasakan kami patut boleh mendapat lebih dari 1 gol. Kami ada peluang yang banyak untuk melakukannya. ”

“Segalanya bermula selepas ketinggalan 2 gol pada awal perlawanan. Mentaliti pemain saya melonjak untuk melawan selepas itu.”

Joachim Low berpendapat ini adalah perlawanan yang sengit. Beliau berkata:

“Ini perlawanan yang sengit. Pemain telah melakukan perancangan yang kami rangka sebelum perlawanan ini.”

“Mexico bermain baik dan cuba untuk mempamerkan aksi terbaik mereka. Namun kami berjaya menunjukkan kesungguhan dan keinginan untuk menang dalam perlawanan ini.”

“Kami melakukannya dengan sangat baik terutama pada fasa 15 sehingga 20 minit awal perlawanan.”

Low memuji kualiti yang dipamerkan oleh pemain-pemain muda Jerman dalam kejohanan kali ini. Beliau hanya akan memilih yang terbaik untuk diserapkan ke dalam skuad penuh Piala Dunia 2018.

Jerman ke final

Jerman akan bertemu Chile pada perlawanan akhir Piala Konfederasi 2017. Perlawanan akhir akan berlangsung pada 2 Julai ini di St. Peterseburg.

Namun sebelum itu, Mexico akan bertemu dengan Portugal di Moscoq dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 pada tarikh yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN