Jeremy Corbyn: Ketua Pembangkang Britain, Penyokong Arsenal, Dan Manifesto Bola Sepak

Sebenarnya, Britain bakal mengadakan Pilihan Raya Umum pada minggu hadapan. Kempen sibuk diadakan di sekitar negara itu. Tetapi, ketua bagi seorang parti, beliau merehatkan diri dengan menghadiri perlawanan final Piala FA.

Jeremy Corbyn merupakan penyokong kuat Gunners. Sumber mengatakan bahawa beliau dan anaknya menonton perlawanan dengan menggunakan tiket sendiri. Mereka juga menonton dari tempat duduk biasa.

Beliau menjadi Ketua bagi Parti Buruh.Sebagai pembangkang terbesar, beliau juga menjadi Ketua Pembangkang Britain. Ada beberapa parti juga menjadi pembangkang Dewan Rakyat Britain seperti Parti Liberal Demokrat dan Parti Hijau.

Sebelum ini, mantan Ketua Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg juga pernah muncul di tempat duduk Piala FA 2015. Itu pun selepas partinya kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum 2015 dan beliau meletak jawatan.

Lucunya, Aston Villa yang menjadi sokongan David Cameron tewas kepada Arsenal dalam final tersebut. Sekurangnya Nick Clegg ada sesuatu untuk mengenakan David Cameron!

Sir Alex Ferguson secara terbuka menjadi pendukung parti Buruh beraliran kiri itu. Malah, beliau sering menjadi penderma untuk memastikan parti sokongannya beroperasi.

Manifesto

Parti Buruh kini giat berkempen untuk menawan semula Kerajaan Britain. Tetapi mengenai bola sepak, Parti Buruh menawarkan manifesto mengenai pembangunan ikon negara itu.

Partinya akan memastikan 5% daripada hasil jualan hak penyiaran TV yang diterima kelab Premier League akan diagihkan kepada pengurusan pembangunan bola sepak komuniti.

Kajian mengatakan bahawa padang antara faktor pembangunan bola sepak akar umbi sering terencat. Ini kerana padang tidak dapat menangani cuaca yang pelbagai di negara itu.

Manifesto Parti Lain Sempena Pilihan Raya 2017

Kami tidak dapat mengesan sikap Konservatif mengenai isu pembangunan bola sepak di sana. Tetapi parti Liberal Demokrat komited kekal dengan memberi peluang pengenalan ‘safe-standing.’

Pada 2015, mereka juga berkempen mengenai isu ini meskipun Celtic Glasgow sudah memasang ‘safe-standing’ pada 2016.

Kesimpulan

Meskipun sebarang keputsan Pilihan Raya Umum 2017 tidak memberi kesan ketara kepada peminat di Malaysia, tetapi banyak perkara boleh dipelajari untuk pengurusan sukan.

Parti politik berkempen untuk menawarkan kebaikan kepada pengundi. Kami juga berharap jika negara kita mengadakan Pilihan Raya Umum dalam masa terdekat, setiap parti akan menawarkan manifesto khas mengenai bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN