Jepun tewaskan Uruguay dalam aksi persahabatan sebentar tadi. 2 gol daripada pemain berusia 23 tahun, Takumi Minamino membantu Jepun tewaskan Uruguay 4-3 dalam persabahatan antarabangsa di Saitama.
Sebagai tambahan, Jepun berhadapan dengan pasukan yang menghuni di ranking ke-5 dunia ketika ini.
Ini adalah perlawanan ke-3 Jepun di bawah kendalian Hajime Moriyasu dan menunjukkan aksi memberangsangkan. Mereka membina serangan daripada bawah dan cuba bermain bola sepak berasaskan penguasan bola.
Uruguay pula lebih ‘direct’ di dalam perlawanan ini. Uruguay beraksi tanpa Luis Suarez namun mereka tetap memiliki kualiti skuad yang sangat baik.
Minamino membuka tirai jaringan pada minit ke-10 hasil umpanan Shoya Nakajima. Namun ianya disamakan oleh Gaston Pereiro pada minit ke-28.
Jepun kembali di hadapan menuju rehat menerusi jaringan Yuya Osako.
Bersambung babak kedua, Edinson Cavani menghukum kesilapan pertahanan Jepun pada minit ke-57.
Namun begitu, Jepun menambah 2 lagi gol menerusi Minamino dan Ritsu Doan.
Jonathan Rodriguez meletakkan Uruguay 1 gol di belakang sekali lagi pada minit ke-75.
Penyerang Salzburg, Takumi Minamino kini sudah meledak 4 gol daripada 5 perlawanan untuk Jepun. Beliau sudah menjaringkan gol dalam 3 penampilan terakhir berturut-turut.
Pemain berusia 20 tahun, Ritsu Doan juga cemerlang di tengah untuk membantu Jepun tewaskan Uruguay.
Pemain Groningen ini dianggap antara bakat baharu dalam bola sepak Jepun selepas debut menentang Costa Rica bulan lalu.
Seorang lagi pemain tumpuan adalah perancang tengah, Shoya Nakajima yang sekali lagi beraksi cemerlang. Beliau menjadi pusat kreativiti pasukan dan juga beberapa kali melakukan percubaan jarak jauh.
Jurulatih Jepun kali ini melebihkan pemain-pemain yang berpangkalan di Eropah. Ianya ternyata berkesan dalam membantu Jepun tewaskan Uruguay.
Beberapa pemain senior terus berada dalam pasukan iaitu Yuto Nagatomo, Hiroki Sakai dan Maya Yoshida yang dilantik menjadi kapten menggantikan Hasebe yang bersara.
Uruguay sebelum ini tewas di tangan Korea Selatan 2-1. Sementara itu, Jepun sebelum ini menang 3-0 ke atas Panama.