Jepun Singkir Kagawa, Honda, Okazaki Untuk Aksi Persahabatan Menentang Brazil dan Belgium

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Jepun, Vahid Halilhodzic membuat kejutan terbesar apabila tidak menyenaraikan 3 bintang bola sepak Jepun iaitu Shinji Kagawa, Keisuke Honda dan Shinji Okazaki.

Halilhodzic mengumumkan senarai 25 pemain untuk dibawa ke perlawanan persahabatan berprofil tinggi menentang Brazil dan Belgium sebagai persiapan untuk menghadapi Piala Dunia tahun depan.

Dalam senarai itu tiada tempat untuk pemain bintang dari kelab Borussia Dortmund, Shinji Kagawa, bekas pemain AC Milan, Keisuke Honda dari kelab Pachuca dan Shinji Okazaki dari kelab Leicester City.

Keisuke Honda antara pemain yang tidak dipanggil ke skuad kebangsaan Jepun (Gambar : ESPN FC)

“Nama-nama ini (Kagawa, Honda, Okazaki) sudah tidak relevan lagi,” kata Halilhodzic ketika sidang media di Tokyo.

“Ini adalah tentang persaingan merebut tempat. Saya mahu uji pemain yang sedang “on form” sahaja. Saya pernah berkata satu hari nanti bila saya tiba, setiap pemain perlu bersaing merebut tempat dalam skuad kebangsaan tidak kira siapa mereka,” jelasnya.

Halilhodzic yang pernah membimbing pasukan kebangsaan Algeria ketika kejohanan Piala Dunia 2014 lebih menumpukan untuk memantapkan barisan pertahanan.

Yuto Nagatomo dari Inter Milan dan Maya Yoshida dari Southampton telah mengesahkan tempat mereka di posisi pertahanan skuad kebangsaan Jepun bersama Makoto Hasebe dari kelab Eintracht Frankfurt.

Ini kali pertama Jepun keluar bermain di Eropah selepas 4 tahun dan akan bertemu Brazil di Perancis pada 10 November kemudian akan ke Bruges untuk menentang Belgium pada 14 November.

Gambar : JFA

“Kami tidak selalu mendapat peluang untuk bermain menentang pasukan yang berkualiti seperti mereka,” ujar Halilhodzic.

 

“Ia akan menjadi ujian terbaik untuk kami. Kami ke sana untuk bermain bola sepak bukan untuk menjadi pelancong,” tegasnya.

Dalam senarai pemain yang dipanggil, Kazuki Nagasawa dari kelab Urawa Reds merupakan muka baharu yang dipanggil kali ini. Beliau turut terlibat dalam perlawanan akhir AFC Champions League bertemu Al-Hilal di Arab Saudi pada 18 November ini.

Senarai 25 pemain skuad kebangsaan Jepun

Penjaga Gol
KAWASHIMA Eiji (Football Club de Metz/France)
HIGASHIGUCHI Masaaki (Gamba Osaka)
NISHIKAWA Shusaku (Urawa Reds)

Pertahanan
NAGATOMO Yuto (FC Internazionale Milano/Italy)
MAKINO Tomoaki (Urawa Reds)
YOSHIDA Maya (Southampton FC/England)
SAKAI Hiroki (Olympique de Marseille/France)
SAKAI Gotoku (Hamburger Sport-Verein/Germany)
KURUMAYA Shintaro (Kawasaki Frontale)
SHOJI Gen (Kashima Antlers)
MIURA Genta (Gamba Osaka)

Tengah
HASEBE Makoto (Eintracht Frankfurt/Germany)
KURATA Shu (Gamba Osaka)
YAMAGUCHI Hotaru (Cerezo Osaka)
MORIOKA Ryota (Wasuranto-Beferen/Belgium)
NAGASAWA Kazuki (Urawa Reds)*
ENDO Wataru (Urawa Red Diamonds)
IDEGUCHI Yosuke (Gamba Osaka)

Penyerang
KOROKI Shinzo (Urawa Reds)
INUI Takashi (SD Eibar/Spain)
OSAKO Yuya (1.FC Koeln/Germany)
HARAGUCHI Genki (Hertha BSC Berlin/Germany)
SUGIMOTO Kenyu (Cerezo Osaka)
KUBO Yuya (KAA Gent/Belgium)
ASANO Takuma (VfB Stuttgart/Germany)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN