Jepun Rancang Singkirkan Malaysia Di Pusingan Kalah Mati

Skuad Jepun membuat perancangan rapi untuk memastikan tiket ke suku akhir menjadi milik mereka apabila bakal berdepan Malaysia di pusingan kedua Sukan Asia Jakarta-Palembang, Jumaat ini.

Pasukan yang digelar sebagai “Blue Samurai” ini membariskan 20 pemain muda yang berusia bawah 21 tahun dan tidak menyenaraikan 3 pemain lebih umur. Malah, mereka turut membawa masuk 5 pemain berbakat dari liga universiti.

Ini adalah kerana bagi mereka, Sukan Asia merupakan medan ujian untuk membentuk barisan mantap bagi menghadapi saingan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020.

Senarai rasmi 20 pemain Jepun yang beraksi dalam saingan Sukan Asia di Indonesia.

Pemain tengah skuad itu, Taishi Matsumoto menyifatkan kekalahan 0-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Vietnam minggu lepas adalah kerana ketumpulan jentera serangan.

“Kami bergelut melakukan percubaan ke gawang lawan. Secara peribadi saya merasakan bahagian tengah perlu lebih menguasai dan menyerang secara agresif untuk meledak jaringan.

“Terdapat juga situasi di mana lawan hampir menjaringkan gol menerusi serangan balas. Kita menyerang dengan jumlah yang terlalu ramai dan membuka ruang kepada lawan,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Sesi latihan skuad Jepun sebelum bertemu Malaysia esok. FOTO: JFA

Pemain pertahanan Shonan Bellmare, Daiki Sugioka berpendapat pasukan Malaysia kali ini lebih kuat dan mereka sudah membuat persiapan rapi untuk mengekang kemaraan jentera serangan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

“Malaysia telah mengejutkan Korea Selatan dan mereka merupakan pasukan yang sangat kuat. Kami mesti bersedia dan bermain dalam satu pasukan untuk menewaskan mereka.

“Sebagai pemain pertahanan, saya akan fokus kepada organisasi barisan pertahanan dan cuba menutup ruang kosong secepat mungkin.

“Sukan Asia merupakan kejohanan yang penting kerana ia akan menentukan peluang kami untuk beraksi di Olimpik Tokyo. Kami juga menyasarkan untuk beraksi di Piala Dunia dan cabaran ini perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang lebih tinggi,” katanya dalam laman web rasmi JFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN