Jepun Teruskan Kemaraan Walaupun Tewas Kepada Poland

Jepun cuba mengancam seawal minit ke-2 perlawanan melalui Takashi Usami, namun berjaya dihalang oleh penjaga gol Poland, Lukasz Fabianski.

Minit ke-11 perlawanan menyaksikan Yuto Nagatomo bebas di sebelah kiri dalam serangan balas pantas, namun hantaran lintang pemain itu terlalu jauh untuk rakan-rakan.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Yoshinori Muto turut menguji Fabianski pada minit ke-13 perlawanan, namun rembatan dari luar kotak penalti pemain penyerang itu berjaya diselamatkan.

Minit ke-32 perlawanan, penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima bertindak cemerlang melayangkan badan untuk menepis keluar tandukan Kamil Grosicki.

Babak pertama perlawanan menyaksikan Jepun lebih banyak mengasak kubu pertahanan lawan. Namun kerana kurangnya hantaran yang cukup berbahaya di garis akhir serangan, Jepun gagal memperolehi sesuatu pada 45 minit pertama perlawanan.

(Photo credit should read MARK RALSTON/AFP/Getty Images)

Poland lebih gemar menggunakan kelebihan ketinggian pemain dengan gerakan set-pieces dan hantaran lintang sering menjadi ancaman buat Jepun.

Babak pertama perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Babak kedua perlawanan bermula dengan agak perlahan. Kedua-dua pasukan dilihat lebih gemar menunggu peluang terbaik sebelum melakukan ancaman.

Pemain-pemain lebih gemar bertukar hantaran, tanpa sebarang gerakan berbahaya dilakukan.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Jepun melalui Usami dilihat yang sentiasa bergerak mencari ruang, namun gagal melakukan sebarang amcaman.

Namun melalui serangan balas pantas pada minit ke-52, Jepun nyaris dihukum oleh Grosicki yang berhadapan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol, sebelum Kawashima meluru keluar untuk menyelamatkan keadaan.

Melalui satu gerakan set-pieces, akhirnya Poland berjaya berada di hadapan hasil jaringan pemain pertahanan, Jan Bednarek pada minit ke-59 perlawanan.

(Photo credit should read NICOLAS ASFOURI/AFP/Getty Images)

Jepun sekali lagi hampir dihukum melalui serangan balas pantas Poland, namun kali ini Lewandowski gagal memanfaatkan hantaran rakan sepasukan, Grosicki.

Perlawanan diteruskan tanpa sebarang ancaman dari kedua-dua pasukan pada babak akhir perlawanan, dan Poland menewaskan Jepun 1-0 di dalam perlawnan ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN