Jeonbuk Hyundai Motors Dilarang Sertai AFC Champions League Kerana Isu Rasuah

Jeonbuk Hyundai Motors dilarang dari menyertai saingan AFC Champions League (ACL) atas alasan yang mencemarkan nama kelab Korea Selatan tersebut.

Penyertaan mereka telah ditarik balik oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara serta merta selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak Asia itu di laman sesawang rasmi mereka semalam.

Rasuah

Jeonbuk Hyundai Motors dilarang dari menyertai ACL musim ini kerana mereka dikatakan terlibat dengan skandal rasuah atau atau perlawanan yang berlaku pada beberapa tahun yang lalu.

Mereka bagaimana pun dikatakan tidak terlibat secara langsung di dalam skandal tersebut, namun begitu ia telah melanggar Artikel 11.8, Manual Pertandingan Anjuran AFC 2017-2020.

Sebelum ini, 2 pengadil yang bertugas di K-League Classic yang merupakan liga utama di Korea Selatan disabitkan dengan kesalahan dengan menerima suapan rasuah dari pencari bakat Jeonbuk Hyundai Motors.

Jumlah suapan itu dikatakan bernilai sebanyak 5 juta Won atau $5,651. 

Pencari bakat tersebut bagaimana pun telah dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun kerana melakukan rasuah selepas Mahkamah Dearah Busan mendapati beliau bersalah.

Di saingan domestik pula, mereka telah dipotong 9 mata liga dan didenda sebanyak $91 ribu diatas apa yang mereka lakukan.

Disingkirkan

Oleh kerana perbuatan terkutuk Jeonbuk Hyundai Motors ini, mereka telah pun dinafikan hak untuk bermain di saingan ACL pada musim ini.

Sekali gus, dengan penafian hak ini mereka tidak boleh bersaing untuk mempertahankan kejuaraan ACL yang dimenangi mereka pada musim lalu.

Pada musim lalu, Jeonbuk Hyundai Motors berjaya menewaskan Al Ain yang merupakan wakil Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 3-2 secara aggregat di perlawanan akhir yang dilangsungkan secara timbal balik.

Jeonbuk Hyundai Motors memperoleh tempat kedua dalam saingan K-League Classics musim lalu. Namun selepas disingkirkan AFC, tempat mereka akan digantikan oleh Ulsan Hyundai di dalam kumpulan H.

Ia memberikan sedikit kelegaan kepada pencabar terdekat Jeonbuk Hyundai Motors di dalam kumpulan H iaitu Adelaide United dari Australia untuk tidak berdepan dengan juara bertahan tersebut,

Jadi selepas penyingkiran Jeonbuk Hyundai Motors, kumpulan H menyaksikan Ulsan Hyundai (Korea Selatan), Adelaide United (Australia), Jiangsu Suning (China) serta 1 lagi pasukan yang bakal ditentukan menerusi peringkat saringan.

Dengan maranya Ulsan Hyundai ke peringkat kumpulan yang sebelum ini terpaksa bermain di saingan saringan, tempat mereka akan diganti oleh Jeju United.

Baca juga: Pemain West Ham Buang Dimitri Payet Dari Whatsapp Group

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN