JDT v Ratchaburi, Pertembungan Kali Pertama Malaysia-Thailand Di Pentas ACL

JDT ACL 2021 Malaysia Thailand Bangkok
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Thailand merupakan antara negara Asean yang kerap bersaing di pentas tertinggi AFC Champions League (ACL), namun belum pernah bertentang mata dengan Malaysia.

Malaysia baru tiga tahun terkini konsisten menghantar wakil iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT). Dalam tahun pertama JDT, mereka diletakkan bersama wakil daripada China, Shandong Luneng, Kashima Antlers (Jepun) dan Gyeongnam FC (Korea Selatan).

Tahun kedua, JDT diundi dalam kumpulan bersama Guangzhou Evergrande (China), Vissel Kobe (Jepun) dan Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan). Begitupun, Harimau Selatan hanya sempat bermain dalam dua perlawanan sahaja.

Selepas itu, pandemik COVID-19 melanda dunia seterusnya menyebabkan JDT telah terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan tersebut yang diadakan semula secara setempat di Qatar, atas sebab larangan perjalanan oleh pihak kerajaan.

Bagaimana prestasi JDT berdepan wakil China, Jepun dan Korea Selatan dalam dua edisi sebelum ini? Mereka telah merekodkan dua kemenangan iaitu ke atas Kashima Antlers (1-0) dan Suwon Samsung Bluewings (2-1), kedua-duanya di laman sendiri.

Bakinya, mereka seri sekali dan kalah sebanyak lima kali. Ia bukanlah rekod yang baik, namun, berdepan dengan pasukan-pasukan elit Asia, dua kemenangan itu sudah cukup membuktikan yang JDT sebenarnya mampu memberikan saingan.

Bakal berdepan wakil Thailand buat kali pertama di peringkat kumpulan ACL, apa yang mampu JDT berikan? Untuk rekod, sebelum berjaya melangkah ke peringkat kumpulan ACL, JDT sudah beberapa kali berdepan wakil Thailand di pusingan kelayakan ACL.

Empat tahun wakil Malaysia, JDT berdepan wakil Thailand dan apakah nasib mereka?

Pada 2015, JDT tumbang 0-3 kepada Bangkok Glass di pusingan kedua kelayakan sebelum turun untuk bersaing di Piala AFC dan seterusnya memenangi kejohanan tersebut buat kali pertama. Walaupun gagal, trofi Piala AFC adalah tonik terbaik.

Tahun berikutnya, mereka berjaya mengikat naib juara Thai Premier League (kini Thai League 1), Muangthong United dengan keputusan tanpa jaringan sehingga ke masa tambahan sebelum JDT akhirnya tumpas 0-3 menerusi sepakan penalti.

Edisi 2017, di pusingan kedua kelayakan, JDT akhirnya menang menerusi sepakan penalti dan kali ini kepada Bangkok United dengan keputusan 5-4. Dalam aksi yang diheret sehingga ke masa tambahan, kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1.

Dan pada 2018, mereka bertembung sekali lagi dengan wakil Thailand, Muangthong United di pusingan kedua kelayakan, namun kali ini, Harimau Selatan tewas dengan keputusan lebih besar iaitu 2-5 dalam aksi yang berlangsung di Bangkok.

Ini merupakan edisi pertama buat Ratchaburi Mitr Phol dalam pentas tertinggi saingan di Asia. Mereka layak ke ACL selepas menduduki kedudukan ke-4 Thai League 2020/21 selepas tamat pusingan pertama saingan liga yang melibatkan 15 perlawanan.

Ratchaburi tiada pengalaman di saingan Asia termasuklah di Piala AFC. Ini kerana, sepanjang bersaing di pentas tertinggi liga sejak 2013, mereka hanya menamatkan musim di kedudukan pertengahan – tertinggi adalah ke-4 pada musim 2014.

Jadi, mungkin inilah peluang buat JDT untuk merekodkan dua kemenangan, jika berdasarkan prestasi dan pengalaman pasukan dijadikan ukuran. Namun, dengan beraksi di tanah air mereka sendiri, Ratchaburi juga boleh menghadirkan ancaman.

Cabaran buat JDT mungkin hadir menerusi pemain yang pernah beraksi di pentas UEFA Champions League 2010/11 bersama Auxerre iaitu pemain sayap dan kapten mereka, Steeven Langil. Beliau adalah arkitek dan penjaring gol buat The Dragon.

Mereka juga ada tarikan untuk penyokong turun ke stadium iaitu pemain baharu yang juga seorang pelakon, Phakin Khamwilaisak atau nama glamornya Tono. Mungkin beliau lebih kepada tarikan untuk para penyokong hadir ke Stadium Mitr Phol.

Baca lagi artikel lain mengenai JDT dan ACL:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN