JDT Tidak Mahu Tragedi 0-3 Berulang Lagi Di Larkin

Pertembungan dua pasukan teratas Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin malam esok pasti akan mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Pemain tengah JDT, Hariss Harun mengakui mereka berdepan cabaran sengit apabila menentang skuad kendalian Dollah Salleh itu serta memilih untuk mengelak daripada tekanan dan memberi fokus kepada persiapan pasukan.

“Ia perlawanan penting bagi kami dan beraksi di tempat sendiri, sudah tentu aksi JDT-Pahang akan lebih menarik kerana kedua-dua pasukan berada di tangga dua teratas dan saya jangkakan perlawanan yang menarik disajikan.

“Kemenangan 2-0 ke atas Perak, Sabtu lalu menambah keyakinan bukan saja kepada saya malah rakan sepasukan yang tampak memberi komitmen tinggi mahu menebus apa jua kesilapan ketika berdepan The Bos Gaurus yang saya sendiri akui kami terpaksa bekerja keras untuk menang.

“Walaupun kami pernah tewas 0-3 ketika saingan Piala FA, ia memberi pengajaran berguna untuk tidak selesa ketika beraksi di laman sendiri. Jadi kami harus berwaspada dengan corak permainan Pahang,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Harris Harun menjalani sesi latihan bersama skuad Harimau Selatan di Stadium Larkin. FOTO: JST

Rekod cemerlang JDT di laman sendiri tercalar selepas Patrick Cruz mencipta hatrik untuk memastikan Pahang menang 3-0 pada suku akhir kedua Piala FA, April lalu.

Ditanya mengenai ketiadaan Natxo Insa yang lama tidak diturunkan kerana kecederaan, Hariss mengakui kelibatnya sedikit sebanyak memberi impak di posisi tengah namun terpaksa melupakan seketika khidmat pemain itu.

“Natxo sudah menjalani latihan bersama kami dan saya optimis dia akan kembali menguatkan JDT bagi mengharungi saingan liga. Untuk pertemuan lawan Pahang saya tidak pasti dia akan diturunkan atau tidak. Kalau diturunkan lagi bagus,” kata Hariss.

Natxo Insa kembali menjalani latihan bersama pasukan. FOTO: JST

Sementara itu, impian pemain pertahanan Pahang, Afif Amiruddin untuk mempertahankan kubu Pahang daripada dicerobohi JDT tidak kesampaian apabila masih dibelenggu kecederaan hamstring.

“Perlawanan ini memang saya tunggu-tunggu kerana ia mempertemukan dua pasukan di tangga teratas. Keputusan dalam dua aksi ini boleh mempengaruhi kedudukan kedua-dua pasukan.

“Ia perlawanan yang penting dan perlu dimenangi Pahang jika mahu mengejar JDT yang kini selesa menduduki tangga teratas dengan kelebihan lapan mata.

“Jika menang kedua-dua perlawanan, Pahang boleh memadam kelebihan enam mata JDT dan hanya tinggal dua mata untuk dikejar. Ia bukan mustahil kerana kami pernah mengalahkan mereka di Larkin,” kata Afif kepada Berita Harian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN