JDT Sudah Cukup Untuk Julang Arif Aiman Di Pentas Antarabangsa

Riuh di media sosial kebelakangan ini selepas nama bintang muda Malaysia, Arif Aiman Hanapi dikaitkan bakal menyertai salah satu kelab berpengaruh di Asia dari Iran, Persepolis FC.

Terdahulu, beberapa laporan timbul di media sosial dengan mengaitkan Arif bersama Persepolis yang dianggap sebagai salah satu gergasi di Asia kini menerusi prestasi dan kualiti pemain.

Sebelum ini juga ada laporan menyatakan peminat Rangers FC dari Scotland berminat akan kualiti Arif serta mahu pasukan itu mendapatkan pemain Harimau Malaya tersebut.

Tatkala 2024/2025 mungkin menjadi musim yang menyedihkan buat segelintir pemain Malaysia yang menghadapi isu prestasi serta krisis dalaman daripada segi tunggakan gaji bersama kelab diwakili.

Namun, ia mungkin menjadi satu musim cukup manis untuk dikenang Arif yang kini sedang melalui detik terhebat baik di pentas domestik atau dalam saingan peringkat Asia buat bintang muda tersebut.

Jika suatu ketika Arif dianggap ‘overrated’ dalam kalangan peminat luar hanya kerana kebanyakan penyokong tempatan sahaja tampil memberi pujian buat pemain tersebut.

Tetapi kini ianya berubah apabila pemerhati serta peminat bola sepak dari luar negara juga sudah mula memberi tumpuan kepada Arif yang dianggap sebagai bintang muda cukup menyakinkan.

Salah satunya terarah kepada The Rangers Journal yang meluahkan minat mereka kepada kemampuan pemain tersebut atas prestasi ditampilkan oleh Arif kini bersama JDT.

Beberapa pertikaian dalam kalangan penyokong timbul jika Arif perlu melangkah ke luar negara atau terus kekal sahaja bersama JDT kini.

Pada pandangan kami di Semuanya BOLA, pemain muda ini tidak memiliki sebarang keperluan untuk beraksi ke luar negara kerana beliau sudah memiliki segalanya diperlukan bersama JDT.

Harimau Selatan kini boleh dikatakan cukup konsisten melayakkan diri sepanjang musim ke saingan tertinggi Asia dan musim ini sahaja menyaksikan Arif sudah pun merasai suatu pengalaman hebat selaku bintang dari Asia Tenggara.

Merasai pengalaman selaku antara penjaring terbanyak serta membantu JDT meraih kemenangan ke atas beberapa kelab gergasi Asia menjadi suatu asbab yang aneh untuk Arif meninggalkan projek pembangunan beliau bersama pasukan itu.

Malah, Arif juga sudah pun terjamin di kesebelasan utama JDT kini selain membuktikan dirinya berjaya mengatasi ramai pemain senior serta tonggak import lain untuk membentuk persaingan sengit dalam kem latihan.

Adalah menjadi suatu kerugian untuk Arif sendiri merisikokan diri ke luar negara kerana kebanyakan kelab di Eropah memiliki perangai sedikit pelik untuk menggunakan bakat dari Asia terutama Asia Tenggara.

Lihat sahaja nasib beberapa pemain senior lalu yang memiliki reputasi hebat dalam Malaysia sebelum karier mereka sedikit demi sedikit hanyut kerana kesukaran mendapatkan tempat di Eropah.

Jangan samakan kelab lain dan JDT, kerana niat asal mereka berhijrah adalah untuk mengembangkan lagi karier serta merasai fasiliti lebih sempurna berbanding pasukan lama selain meraih pengalaman bersama pemain-pemain handalan lain.

Alasan sedemikian dianggap langsung tidak relevan buat Arif yang kini sedang merasainya sendiri bersama JDT dalam pelbagai aspek yang jauh ke hadapan berbanding pasukan lain.

Suara peminat yang menekan Arif supaya ke luar negara adalah lebih kepada untuk melihat kejatuhan pemain itu sendiri serta apa jaminan mereka mampu beri jika Arif mengalami kesukaran di luar negara?

Hanya JDT ditakdirkan buat Arif kini, dan alasan munasabah buat sekelompok peminat ingin menghantar beliau ke luar negara adalah lebih kepada untuk melihat Arif menerima nasib serupa seperti pemain-pemain tempatan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN