Jika anda menonton aksi perlawanan Shopee Piala FA di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Pahang yang berlangsung tempoh hari, pasti anda terkejut dengan keadaan padang pada perlawanan tersebut bukan?
Mana tidaknya, padang Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin pada malam tersebut berada pada tahap yang kurang memuaskan.
Hal ini berlaku kerana cuaca hujan lebat yang melanda bahagian Larkin hingga menyebabkan keadaan padang tidak berada pada tahap yang baik.
Baru-baru ini, perlawanan unifi Liga Super di antara JDT dan juga Selangor dianjak tarikhnya dari 1 Mei ke 2 Mei atas alasan yang sama.
Anjakan tarikh ini pastinya menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak namun pihak JDT telah memberikan penerangan mengenainya.
Menurut Hiroi Koichi yang merupakan penyelia padang untuk pasukan JDT, isu ini berlaku kerana terdapat masalah dengan sistem pengaliran air yang berlaku di stadium.
Tambah Koichi lagi, selain sistem pengaliran yang tersumbat terdapat juga lambakan pasir yang menyebabkan air bertakung jika berlaku hujan lebat.
Situasi ini nyata tidak memberi sebarang kesan positif kerana ia ternyata menjejaskan kualiti bola sepak yang ingin dipersembahkan.
Koichi turut mendedahkan yang kerja baik pulih ini memakan masa yang agak lama untuk diselesaikan.
Oleh itu, seusai tamat perlawanan menentang Selangor pada malam ini kerja-kerja baik pulih akan terus dilakukan kerana JDT 10 hari untuk membaikinya.