JDT Semakin Menghampiri Kejuaraan Liga Super Untuk Kali Kelima

Gelaran juara Liga Super musim ini hampir pasti menjadi milik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mudah menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan JDT  kini mengumpul 41 mata dan kekal di tangga teratas selepas mengharungi 16 perlawanan dan hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk melakar sejarah bola sepak Malaysia merangkul kejuaraan liga kelima berturut-turut.

Dalam perlawanan itu, jaringan pertama JDT berpunca daripada sepakan sudut Fernando Elizari disudahkan oleh Marcos Antonio yang tidak dikawal dan mudah melonjak tinggi menanduk bola tepat ke penjuru kanan gol menewaskan penjaga gol TFC, Sufian Rahman.

FOTO: JST

Gol awal itu mengundang resah buat skuad Penyu yang tampak masih tercari-cari rentak permainan ketika Harimau Selatan terus memberi tekanan terhadap benteng pertahanan pelawat menerusi gerakan menarik Elizari dan dibantu Safawi Rasid serta Gonzalo Cabrera.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Cabrera hampir mencipta gol kedua tuan rumah pada minit ke-18 selepas menerima bola lorongan Elizari namun pemain pertahanan pelawat, Kamal Azizi Zabri berjaya memintas untuk menghalang daripada melakukan percubaan berbahaya.

Posisi tengah yang dikuasai JDT menerusi gandingan Hariss Harun-Elizari-Syamer Kutty Abba memaksa Irfan Bakti merombak bahagian itu apabila memasukkkan `Messi Ganu’ Faiz Mohd Nasir pada minit ke-31 untuk menguatkan semula jentera itu bergandingan dengan Lee Tuck.

FOTO: JST

Sebaliknya, tuan rumah memastikan pelawat terkedu pada minit ke-34 selepas bola gerakan menarik hasil bola sepakan lintang Syamer Kutty tepat kepada Cabrera yang sempat melihat kedudukan Sufian Rahman sebelum merembat bola leret ke penjuru kanan untuk meletak tuan rumah selesa dengan kedudukan 2-0.

Pelawat yang enggan menyerah kalah bertindak menggempur benteng tuan rumah pada minit ke-50 namun percubaan Kipre Tchetche sempat dihalang penjaga gol, Farizal Marlias sebelum Hariss membantu bagi mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Tchetche sekali lagi mengundang cemas benteng tuan rumah apabila mengambil kesempatan daripada kesilapan Aidil Zafuan Abd Radzak yang kehilangan bola pada mini ke-60 tatkala Farizal juga tertewas namun Corbin Ong sempat mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Aidil Zafuan bertindak mengasari K Partiban pada minit ke-71 dan pengadil perlawanan, Razlan Zoffri Alli tidak teragak-agak melayangkan kad merah.

Bagaimanapun, TFC gagal mengambil kesempatan ke atas JDT yang kekurangan pemain untuk memburu jaringan sebaliknya kedudukan 2-0 yang memihak Harimau Selatan kekal sehingga tamat perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN