“JDT Sebuah Pasukan Terbaik Di Negara Ini” – Yusri Che Lah

Pengendali utama Perak iaitu Yusri Che Lah mengakui pasukannya bakal menghadapi cabaran cukup getir untuk mengharungi aksi hari ini bagi saingan Liga Super 2024/2025 dalam misi mendapatkan mata.

Terdahulu, Perak bakal melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari ini bagi aksi tertunda Liga Super dengan mereka bakal menjadi tuan rumah walaupun beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Menurut Malaysian Football League (MFL) sebelum imi, SSI dipilih sebagai lokasi perlawanan tersebut selepas Perak sendiri menamakan stadium itu ssebagai laman rasmi bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan atas asbab ia merupakan aksi berprofil tinggi.

“MFL sebelum ini telah meminta Perak FC untuk menamakan venue alternatif berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi ini selain untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang mungkin akan menangguhkan lagi jadual Liga Super bagi separuh musim ini yang masih belum lengkap.

“Sebagai maklum balas kepada permintaan MFL itu, Perak FC telah menamakan SSI sebagai gelanggang mereka untuk perlawanan tertunda tersebut,” ujar laman itu.

Menerusi surat rasmi MFL yang tersebar di media sosial, ada dua lagi sebab mengapa Stadium Manjung tidak terpilih untuk mengharungi aksi berkenaan.

Jelas MFL, aksi tersebut tidak dapat dilakukan di Manjung kerana penggunaan lampu limpah di sana tidak memenuhi piawaian minimum selain berisiko hujan lebat di sana sekali lagi.

Aksi tersebut juga dianggap sangat berisiko daripada segi keselamatan selepas ianya merupakan perlawanan berprofil tinggi membabitkan kedua pasukan tersebut.

Akhir sekali, aksi itu juga perlu dilakukan segera tanpa penangguhan demi memastikan undian saingan Piala Malaysia 2024-2025 perlu dilakukan.

Melihat kepada aksi yang bakal berlangsung itu, Yusri ianya bukan mudah untuk dihadapi Perak kerana JDT kini berada pada suatu tahap cukup berbeza.

Tetapi, Yusri enggan mengalah awal dan beliau dijangka bakal tampil bersama kesebelasan utama terbaik untuk menghadapi jaguh Asia itu di SSI.

“Saya bersyukur pemain dalam keadaan cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan malam esok. Persediaan yang dilakukan juga berjalan lancar.

“Untuk berdepan JDT bukan mudah, mereka sebuah pasukan yang terbaik di negara ini dan pastinya ia memberi laluan sukar buat kami.

“Tapi pasukan tidak akan menyerah kalah di mana pemain berada dalam keadaan baik dengan bebas daripada kecederaan dan penggantungan, dan sedia untuk diturunkan perlawanan,” kata pengendali itu menerusi Harian Metro.

Foto: Perak FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN