JDT Sasar Jadi Kelab RM1 Bilion

JDT

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja meletakkan sasaran nilai kelab tersebut akan mencecah kepada RM1 bilion menjelang dua tahun akan datang.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan petang semalam di Ibu Pejabat JDT di Iskandar Puteri, Tunku Ismail menjelaskan bahawa sasaran itu mampu dicapai dengan mengumpulkan kesemua aset seperti stadium, hartanah dan fasiliti lain yang dimiliki kelab Harimau Selatan itu.

“JDT telah mengumpul semua sekali aset kelab dan kami menyerahkan kepada empat syarikat perakaunan untuk membuat penilaian kepada semua aset komersial JDT.”

“Setakat ini, sebanyak RM600 juta yang telah dikaji dan dijangka mengambil masa sehingga dua tahun untuk mencapai sasaran RM1 billion itu.”

Antara aset yang dimiliki JDT pada ketika ini ialah Ibu Pejabat JDT, Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Pusat Latihan Padang Mawar, Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah serta tanah seluas 30 dan 70 ekar bersebelahan Johor Premium Outlets dan Stadium Sultan Ibrahim.

Selain itu, beberapa bekas pemain berkelas dunia antaranya Marco Materazzi turut dikatakan sedang berunding untuk menjadi pemegang saham JDT di mana kelab juara Liga Super enam tahun berturut-turut itu dilaporkan menawarkan 20-30% pegangan kelab pada yang berminat.

Pembinaan infrastruktur JDT

Tunku Ismail turut menjelaskan Stadium Sultan Ibrahim akan siap sepenuhnya pada 25 Januari nanti dengan pusat latihan berkelas dunia akan dibina di sebelah stadium tersebut dengan jumlah projek bernilai RM75 juta.

Kesemua pemain JDT dari skuad senior hingga ke peringkat akar umbi akan menjalani latihan di bawah satu bumbung yang dinamakan sebagai ‘JDT Compound’.

Keperluan pasukan lain seperti JDT II hingga JDT B-12 juga tidak dipandang sepi apabila stadium mini berkapasiti 5 hingga 8 ribu penonton juga akan dibina selain dua padang latihan tertutup turut akan dinaikkan.

Pusat perubatan khas berhampiran Padang Seri Gelam juga dilaporkan akan siap pada April 2020 nanti.

Perkembangan pemain

Pemain import dari Sepanyol dan Jepun dikatakan akan dibawa masuk bagi memantapkan pasukan JDT II, bagaimanapun identiti kedua-dua mereka masih tidak didedahkan.

JDT kini sedang mengintai peluang untuk menghantar 2-3 pemain muda mereka ke luar negara dan usaha tersebut berada di peringkat perbincangan bersama FC Zurich.

Sementara itu, JDT turut mendapat tawaran daripada kelab Jepun untuk meminjam Akhyar Rashid, namun ia masih belum mencapai keputusan akhir.

Perkara berhubung pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools juga tidak terlepas daripada perhatian sidang media tersebut.

JDT beranggapan pemain itu masih muda dan adalah lebih baik untuk beliau merebut peluang mewakili Belgium serta beraksi di pentas tertinggi di peringkat kelab.

Namun, sekiranya beliau mahu menabur bakti di Malaysia, skuad Harimau Selatan tampak optimis hanya satu kelab yang akan beliau pilih nanti.

Perkara terakhir adalah mengenai JDT sudah mengenalpasti dua pemain kebangsaan pada musim 2021 untuk diserapkan ke dalam pasukan, iaitu pemain pertahanan dan tengah menyerang.

Sidang media Luciano Figueroa & Benjamin Mora

Pada sidang media pertama yang dihadiri pengurus pasukan, Luciano Figueroa dan ketua jurulatih, Benjamin Mora menyaksikan Liridon Krasniqi telah diperkenalkan sebagai pemain terbaharu buat JDT. Beliau didaftarkan sebagai pemain tempatan dan proses naturalisasi dikatakan akan selesai pada penghujung Januari 2020.

Bagi menghadapi musim baru, kem JDT akan berkampung selama 15 hari di Dubai dan bakal mengadakan 4 atau 5 perlawanan persahabatan di sana. Senarai pasukan yang akan ditemui oleh JDT masih belum dimuktamadkan.

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN