JDT Sedia Bayar Rekod Perpindahan Tertinggi MSL Untuk Ghaddar

Ianya bukan rahsia lagi. Sebelum ini wartawan BH Online mendedahkan beliau menghubungi Ghaddar dan pemain itu mengesahkan JDT berminat dengan beliau.

Semalam tersebar satu footage video di mana Tan Sri Annuar Musa tidak menafikan bahawa JDT berminat mahukan khidmat Ghaddar.

Dalam segmen santai TMJ bersama penyokong sebelum ini, pemilik JDT itu berseloroh berkata:

“Orang suruh jual Ghaddar, dia tak nak.”

Baru sebentar tadi, Pengarah Sukan JDT mengesahkan mereka sudah menghantar bidaan rasmi untuk Ghaddar.

Kini terserah kepada KAFA untuk menerima bidaan tersebut. Buat masa ini, semuanya masih dalam proses rundingan.

Alistair Edwards berkata:

“Kami di pengurusan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menghantar surat tawaran rasmi kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan khidmat pemain Kelantan, Mohammed Ghaddar dari awal lagi.”

“Tawaran ini masih dalam rundingan dan akan menjadi satu ‘win-win situation’ kepada semua pihak yang terlibat dan sekaligus bakal menjadikan ianya perpindahan tertinggi di Malaysia dalam sejarah bola sepak tanah air.”

Aistair Edwards menganggap ini sebagai situasi menang menang untuk kedua-dua pihak.

“Ini adalah satu tawaran yang baik untuk kedua-dua kelab, di mana Kelantan akan dapat menyelesaikan beberapa isu-isu kewangan serta membeli beberapa pemain baru.”

“JDT pula akan mendapat seorang pemain yang terbukti cemerlang dengan rekod prestasi yang sentiasa mahukan kejayaan.”

Sebelum ini Ghaddar menyatakan dia mahu keluar dari Kelantan kerana perlu memikirkan soal nafkah keluarga.

Isu ini mendapat perhatian ramai pihak. Penyokong Kelantan pastinya sayang akan Ghaddar yang menjadi hero treble mereka satu ketika dahulu.

Ghaddar turut cemerlang dalam kepulangan kedua beliau ke Kelantan.

TSAM turut menyatakan pemain itu merayu untuk dilepaskan ke JDT.

Nampaknya senario bola sepak Malaysia menjadi semakin menarik dengan adanya perpindahan nilai besar di antara pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN