JDT Pintas Buriram United Dalam Kedudukan Ranking Kelab AFC

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di kedudukan ranking 23 Asia serta teratas di Asia Tenggara menurut laman bola sepak dari luar negara, FootyRankings.

Pengiraan kedudukan ranking itu adalah berdasarkan jumlah mata yang terkumpul oleh kelab-kelab dalam semua pertandingan di peringkat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 2015 dan peratusan mata ‘Member Association’ (MA) Malaysia.

Menurut kedudukan ranking tersebut, JDT berjaya mengatasi kelab gergasi Thailand, Buriram United dengan 48.70 mata. Ia adalah hasil daripada kejayaan menjuarai Piala AFC pada tahun 2015 dan melangkah hingga ke separuh akhir pada tahun 2016.

Berdasarkan ranking tersebut, kelab dari Liga Super China, Guangzhou Evergrande menduduki kedudukan teratas bagi kategori Asia Timur dengan 105.28 mata.

Selain JDT, 3 pasukan dari Malaysia turut tersenarai dalam kedudukan ranking kelab AFC iaitu Pahang (95), Selangor (108) dan FELDA United (114). Ketiga-tiga pasukan ini pernah beraksi dalam saingan AFC Cup musim lalu.

Tahun depan, pasukan dari Liga Malaysia tidak lagi mempunyai wakil dalam saingan AFC Cup sebaliknya mereka akan bertanding dalam saingan kelab tertinggi iaitu AFC Champions League (ACL).

JDT merupakan wakil tunggal negara yang layak beraksi di peringkat berkenaan selaku juara Liga Super 2018. Naib juara Liga Super 2018, Perak akan beraksi di peringkat kelayakan untuk merebut satu slot automatik ke saingan ACL 2019.

Perak mendapat slot tersebut kerana Pahang yang menjuarai Piala FA musim ini telah digantung daripada memohon lesen AFC gara-gara kerana menolak pelawaan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyertai saingan AFC Cup 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN