JDT Perlukan Satu Kemenangan Untuk Mengesahkan Kejuaraan Liga Super 2018

Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir mencapai gelaran kelima Liga Super berturut-turut apabila hanya memerlukan satu kemenangan sahaja untuk mengesahkan gelaran juara musim ini.

Bagi mencapai misi tersebut, mereka perlu mengutip 3 mata penuh ke atas pasukan di tangga kedua iaitu Perak di Ipoh yang dijadualkan berlangsung pada malam esok..

Menurut pengendali JDT, Raul Longhi pastinya akan menurunkan kesebelasan utama terbaik tatkala misi bersaing Liga Juara-Juara Asia (ACL) menjadi keutamaan.

Bercakap kepada Berita Harian, Longhi mengakui tugas sukar menanti anak buahnya kerana Perak bukan calang-calang pasukan dan menyifatkan skuad kendalian Mehmet Durakovic itu mampu menyekat impian pasukannya mencipta kemenangan.

“Sudah tentu kami akan berdepan satu perlawanan sukar. Namun persiapan rapi sepanjang tempoh rehat memberi lebih keyakinan kepada pemain mengharungi aksi 90 minit yang dijangka sengit.

“Dan saya juga tidak mahu memikirkan kejuaraan liga sebaliknya mahu setiap pemain yang diturunkan menentang Perak memberi tumpuan dan berusaha memenangi perlawanan ini.

“Ketika ini semua pemain bebas daripada kecederaan. Senario itu memberi saya ruang mengenal pasti barisan pemain terbaik untuk diturunkan nanti. Aidil Zafuan Abd Radzak juga kini bebas daripada penggantungan,” katanya.

Raul Longhi anggap Perak merupakan lawan yang sukar. FOTO: JST

Sementara itu, Perak tekad memburu kedudukan naib juara Liga Super bagi menghidupkan peluang beraksi dalam saingan AFC Champions League 2019 selepas Pahang yang digantung ke AFC menjuarai Piala FA sabtu lepas.

“Peluang mengejar pendahulu, JDT memang tipis kerana jauh di hadapan dengan pungutan 44 mara.  Jadi, Perak perlu tumpukan perhatian kepada memastikan kami muncul naib juara kali ini,” kata Naib Presiden 1, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA),  Datuk Rashidi Ibrahim.

Rashidi yang juga penolong pengurus The Bos Gaurus (TBG), berkata suka atau tidak Perak perlu menyekat JDT Selasa ini, sekali gus melengahkan Harimau Selatan untuk bergelar juara sekali lagi.

“Ini misi hidup mati Perak, kami perlukan kemenangan untuk mencapai impian muncul naib juara. Kami berjaya memberi tentangan sengit kepada mereka dalam pertembungan di Larkin cuma dikecewakan ketiadaan penyudah.

“Saya yakin pemain Perak tahu tugas dan tanggungjawab mereka dalam perlawanan ini. Apapun, kami perlu hadapi satu persatu perlawanan ini agar tidak terasa bebanan,” katanya.

JDT kini mengungguli tangga teratas liga selepas menamatkan 17 perlawanan dengan mengumpul 44 mata dan kemenangan ke atas Perak esok bakal menyaksikan pasukan itu melakar sejarah bola sepak Malaysia untuk muncul juara liga lima kali berturut-turut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN