JDT Muncul Kelab Kedua Paling Bernilai Di Asia Tenggara

Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya telah diumumkan selaku kelab kedua paling bernilai kini di rantau Asia Tenggara dan kedudukan mereka berada di belakang gergasi Thailand, Buriram United.

Selain JDT, satu lagi wakil kelab dari Malaysia yang turut diumum selaku antara kelab bernilai dalam Asia Tenggara ialah Selangor dan mereka berada pada kedudukan keenam.

Untuk rekod, kedua pasukan ini boleh dianggap cukup meriah daripada persiapan mereka menandatangani pemain baharu dengan latar belakang cukup hebat untuk diperkatakan.

Maka tidak hairan nilai pasukan kedua pasukan itu meningkat untuk melayakkan mereka berada di kedudukan 10 kelab paling bernilai ketika ini di Asia Tenggara.

Malah, kedua pasukan ini juga mewakili Malaysia untuk beraksi dalam saingan AFC Champions League pada saingan musim ini dan masing-masing belum mencipta sebarang kekalahan lagi.

Menerusi perkongsian Asean Football di media sosial X, nilai semasa JDT adalah sebanyak €10 juta (Euro) atau sekitar RM47 juta jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia.

Sementara Buriram United yang berada di tangga pertama hanya dibezakan sedikit sahaja iaitu sebanyak €12 juta dan tidak hairan jika dilihat pada reputasi pasukan tersebut sejak beberapa musim ini.

Di tangga ketiga, keempat, serta kelima, masing-masing carta tersebut diisi oleh kelab dari Thailand iaitu BG Pathum, Port FC, serta True Bangkok United dengan nilai semasa berada di bawah €10 juta sahaja.

Memasuki tangga keenam, Selangor tampil mencuri tumpuan untuk melayakkan diri mereka dalam carta tersebut apabila nilai semasa mereka ialah sebanyak €6.9 juta atau sekitar RM32 juta.

Gergasi dari Singapura iaitu Lion City Sailors menjadi satu-satunya kelab yang mewakili negara tersebut untuk berada di tangga ketujuh menerusi nilai semasa sebesar €6.4 juta.

Tiga kedudukan terakhir untuk melengkap 10 kelab bernilai di Asia Tenggara masing-masing diisi oleh wakil dari Vietnam iaitu Thep Xanh Nam Dinh, Hanoi FC, serta Cong An Ha Noi yang memiliki nilai semasa sekitar €5 juta sahaja.

Sayang sekali, tiada satu pun wakil kelab dari Indonesia melayakkan diri mereka untuk dianggap sebagai antara paling bernilai dalam carta tersebut setakat ini.

Dominasi tertinggi sudah tentu terarah kepada Thailand yang mempunyai empat kelab bernilai tinggi kini di Asia Tenggara, selain Vietnam mempunyai tiga wakil pasukan.

Sudah tentu kita mengharapkan kelab Malaysia yang lain mampu melayakkan diri juga selepas ini untuk berada dalam kedudukan ke-10 terbaik dengan memiliki nilai besar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN