JDT Miliki Peluang Untuk Cuba Uji Penjaring Terbanyak Thai League 1

Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan bakal menghadapi aksi persahabatan tidak lama lagi dengan membabitkan pasukan itu menentang wakil dari Thailand, Chonburi FC.

Aksi persahabatan itu dapat berlangsung kerana saingan liga di Thailand berhenti seketika untuk memberi laluan kepada aksi antarabangsa bawah kalendar rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Chonburi FC yang akan berehat daripada sebarang perlawanan kompetitif menerima undangan daripada JDT untuk mengharungi dua aksi persahabatan yang akan berlangsung pada 20 dan 22 Mac.

Ianya diumumkan sendiri melalui media sosial rasmi Chonburi untuk menyatakan aksi persahabatan tersebut yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Umum mengetahui JDT kini berada pada tahap terbaik untuk cuba mendapatkan aksi persahabatan sebagai pemanas badan sebelum mereka berlepas ke Sepanyol bagi siri pramusim.

Sebelum itu, kelab gergasi Malaysia ini juga menerima kunjungan daripada salah satu kelab terkemuka Thailand iaitu Police Tero dengan pasukan itu menjadikan Johor sebagai kem latihan pusat.

Malah, laporan juga menyatakan aksi persahabatan tertutup turut berlangsung membabitkan kedua pasukan itu untuk saling mengenali kelemahan serta apa perlu diperbaiki antara satu sama lain.

Mengenai kehadiran Chonburi, ini juga menjadi medan terbaik buat JDT untuk menguji kekuatan mereka dengan lebih baik menerusi reputasi semasa pasukan lawan juga lebih baik berbanding Police Tero.

Kedudukan semasa liga menyaksikan Chonburi kini berada di tangga ke-11 daripada 16 pasukan bertanding menerusi lima kemenangan daripada 21 perlawanan telah diharungi.

Lebih menarik, JDT juga berpeluang untuk menguji benteng pertahanan mereka pada aksi tersebut, kerana Chonburi berkemungkinan besar akan meletakkan penjaring terbanyak Thai League 1 iaitu Willian Lira dalam kesebelasan utama.

Lira sehingga kini sudah pun meledak 13 gol secara keseluruhan dan berada di landasan tepat untuk muncul selaku penjaring terbanyak Thai League 1 pada musim ini.

Apatah lagi, Lira sendiri pernah berhadapan JDT pada 9 April tahun lalu ketika beliau mewakili Kedah Darul Aman (Kedah) di SSI dengan kekalahan besar menjadi milik Sang Kenari.

Selain Lira, JDT juga bakal berhadapan dengan bekas penyerang berbisa Selangor iaitu Herlison Caion dan kedua pemain serangan itu berjaya membentuk gandingan berbisa sejak beberapa aksi lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN